.PENYANYI jazz kontemporari Raja Putri Atilia Raja Haron atau lebih dikenali sebagai Atilia kerugian hampir RM30,000 setelah kondominiumnya di Metropolitan SQ, Damansara Perdana diceroboh pencuri tiga hari lalu.
Anak kepada penyanyi versatil 1980-an Salamiah Hassan itu mendakwa, sebuah komputer riba, 10 utas jam tangan dan sebuah kamera digital lesap setelah pintu rumahnya dipecah masuk.
Semasa insiden tersebut, dia tiada di rumah dan menyedari rumahnya dipecah masuk setelah pulang pada sebelah malamnya.
Dia mengesyaki rumahnya dipecah masuk oleh individu yang dikenalinya.
“Apabila saya pulang ke rumah kira-kira pukul 8 malam itu, saya tengok keadaan rumah berselerak. Selepas itu, terus saya membuat laporan polis dan pihak pengurusan kondominium itu.
“Sekarang, saya serahkan semua urusan untuk mencari pencuri itu kepada pihak polis dan pengurusan kerana saya sedang sibuk untuk menyiapkan album terbarunya yang akan dilancarkan pada pertengahan Mei ini,” kata Atilia kepada mStar Online hari ini.
Biarpun reda dengan apa yang berlaku, namun Atilia tetap bersedih ekoran 10 jam tangan kesayangannya dicuri.
“Semua jam yang dicuri itu berharga buat saya kerana bukan sahaja berjenama malah ia juga merupakan hadiah. Saya rasa sedih lebih-lebih lagi bila jam Raymond Weil saya dicuri.
“Nasib baik pencuri itu tidak mengambil duit dan barang berharga lain. Susah saya nak luahkan tentang insiden yang berlaku ini. Mungkin sudah ditakdirkan nasib saya kurang baik pada hari itu. Tambahan pula ia pertama kali berlaku kepada saya.
“Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati dan sukar untuk mempercayai orang lain,” beritahunya.
Bagaimanapun, dia tidak mungkin akan keluar dan berpindah daripada rumah itu.
Katanya, dia sayang untuk membiarkan rumah yang didudukinya sejak tiga tahun lalu itu.
Home »
» Atilia Rugi RM30,000 Selepas Rumah Diceroboh
Atilia Rugi RM30,000 Selepas Rumah Diceroboh
Written By canang on Isnin, 26 April 2010 | 4/26/2010 11:59:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan