Home » » Misha Omar Belum sedia jadi isteri orang

Misha Omar Belum sedia jadi isteri orang

Written By canang on Jumaat, 30 April 2010 | 4/30/2010 11:18:00 PTG

BAGAIKAN dirancang, kehadiran penyanyi berbakat, Misha Omar pada sidang media konsert Ramli Sarip Tafsiran Alam: Wisdom of Nature yang diadakan di sebuah restoran di Kuala Lumpur baru-baru ini pantas menarik perhatian pihak media dan pengunjung di situ.
masakan tidak, Misha tampil anggun mengenakan baju kurung warna biru firus menyerlah keayuan umpama gadis Melayu terakhir. Menariknya, dia turut jadi bahan usikan kerana warna itu sama dengan warna tema restoran berkenaan.

Misha yang meminta maaf atas kelewatan hadir pada majlis itu sempat menguntumkan senyuman dan bergurau dengan usikan itu. Ketika itu, Misha menyatakan dia baru saja selesai rakaman program bual bicara, Sehati Sejiwa di Angkasapuri.

Penyanyi popular menerusi lagu Cinta Adam Dan Hawa yang menjadi lagu tema drama Julia Juli, berkata dia masih sibuk dengan pelbagai aktiviti seni sejak kebelakangan ini.

"Tidak sangka sudah hampir setahun saya menimba pengalaman dalam program ini sejak dimulakan Jun tahun lalu. Tentunya, pengalaman yang diraih cukup menyeronokkan.

"Banyak perkara yang saya belajar dan program ini sebenarnya turut menjadi panduan kepada mereka yang belum berumah tangga seperti saya agar memahami kehidupan suami isteri.

"Berbeza dengan pasangan bercinta, semuanya manis belaka, tetapi apabila berkahwin, pelbagai pengalaman pahit dan manis dilalui bersama. Daripada aspek peribadi, saya berasakan kemahiran komunikasi makin meningkat.

"Saya masih ingat pada awal mengacara program ini dulu, saya tercari-cari rentak hingga menggelabah kerana tidak biasa menjadi pengacara. Bayangkan di telinga kanan mempunyai mikrofon yang disambungkan pada produser.

"Lalu, ketika bersiaran saya perlu dengar arahan sambil fokus pada topik perbincangan dan menunjukkan perasaan mesra dengan tetamu di studio," katanya.
Misha berkata, dalam menguasai bidang pengacaraan dengan baik dia turut melakukan kajian sendiri sebelum ke udara. Selepas sebulan mendapat 'rentak', dia lebih selesa menokok tambah secara spontan.
"Saya sendiri sebenarnya tidak suka terlalu mengikut skrip apabila mengacara. Malah, produksi program itu juga beri kelonggaran kepada saya untuk menceriakan suasana.

"Saya melihat program ini memberi peluang kepada saya untuk mengorek rahsia rumah tangga selebriti termasuk artis. Sejak mengendalikan program ini, saya turut mendapat tawaran mengacara program berkonsepkan kembara," katanya.

Di sebalik kesibukan mengacara, Misha akui dia masih menerima jemputan mengadakan persembahan pentas. Katanya, paling kurang dia mendapat dua persembahan dalam sebulan.
Mengenai persediaan konsert bersama Ramli Sarip yang akan diadakan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur selama dua malam bermula 10 Mei nanti, Misha menyatakan dia kini banyak berlatih sendiri menerusi lagu sendiri termasuk lagu Ramli bersama Sweet Charity.

"Dalam pada itu, saya bersiap sedia untuk pementasan teater Uda & Dara arahan Datuk Rahim Razali yang akan memulakan latihan bulan depan. Mengikut kisah yang pernah kita dengar, Uda & Dara adalah kisah legenda seperti Romeo dan Juliet versi Melayu.

"Apa yang terlintas di fikiran, saya yang diberi peluang melakonkan watak utama sebagai Dara pastinya membawa cabaran yang berat apatah lagi perlu menampilkan ciri-ciri gadis Melayu.

"Saya sebenarnya bukanlah gadis yang lemah lembut kerana perwatakan saya di luar lebih kasar. Namun, sebelum ini Abang Rahim pernah berkata pada saya, dia akan berusaha 'menggali' karakter Dara dari dalam diri saya.

"Saya percaya watak ini memerlukan ilmu dan latihan yang cukup dan bimbingan Abang Rahim akan banyak membantu saya menghayati lakonan kali ini.

"Ini juga adalah pengalaman teater kedua saya pada tahun ini selepas Gamat 2. Sememangnya ia menjadi impian saya sebagai anak seni yang mahu mencuba pelbagai bidang.

"Jika sebelum ini, saya pernah menyanyi, berlakon dan mengacara, mungkin nanti saya mahu jadi komposer. Saya tidak takut dikecam peminat atas komitmen ini kerana saya melihat ramai artis lain mampu galas cabaran sebegini.

"Bagaimanapun, saya tidak akan lupakan terus bidang nyanyian yang banyak menaikkan nama saya," katanya.

Sambung Misha, dia masih dalam perbincangan dengan syarikat rakaman Sony BMG Music Entertainment untuk penerbitan album baru. Katanya, dia berharap menghasilkan single pada September nanti dan menyifatkan album keempat kali ini lebih matang daripada aspek vokal dan pemilihan lagu.

"Di samping menyanyi, mungkin ramai yang tidak tahu kebelakangan ini saya banyak terima tawaran berlakon drama. Selepas Julia Juli diikuti Lela Latah dan Tiada Lagi, saya turut terbabit berlakon Cinta Si Sukun bersama Faizal Yusof.

"Saya bersama Yusof memainkan watak utama dan karakter sebagai gadis penoreh getah. Penggambaran drama ini sudah dijalankan sebelum Aidiladha tahun lalu, tetapi ia masih belum ditayangkan


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger