Keadaan kesihatan orang tua yang tidak mengizinkan menyebabkan hasrat bekas isteri penceramah bebas, Akhil Hayy, Maizawati Zainal mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hati yang sepatutnya berlangsung bulan depan terpaksa ditangguh kali ketiga.
Maizawati, 33, berkata, ibu dan bapanya termasuk ibu bakal suami tidak sihat menyebabkan mereka terpaksa membuat keputusan menangguhkan lagi majlis perkahwinan sehingga tahun depan.
“Memang sebelum ini kami berhasrat mendirikan rumah tangga bulan depan tetapi apabila keadaan kedua orang tua tidak mengizinkan menyebabkan kami rasa tidak selesa dan terpaksa menangguhnya.
“Perkara ini memang di luar jangkaan dan kami membuat keputusan secara bersama melangsungkan majlis tahun depan, lagipun bukan lama hanya beberapa bulan saja lagi,” katanya yang dihubungi semalam.
Menurutnya, saudara mara kedua-dua pihak juga tahu dan bersetuju dengan keputusan dibuat mereka.
“Ditambah dengan keadaan saya yang agak sibuk menguruskan perniagaan sekarang, memang kami tidak cukup masa membuat persediaan,” katanya. Sebelum ini, Maizawati dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuda berusia 23 tahun pada Mei ini.
Walaupun usia bakal suaminya itu lebih muda, pemuda dari Sabah itu berjaya mencuri hatinya kerana serasi dengan diri serta anaknya. Maizawati bagaimanapun keberatan memberitahu nama serta latar belakang pemuda yang ‘mencuri’ hatinya itu dan hanya akan memaklumkannya apabila tiba masanya. Mengenai perkembangannya terkini, Maizawati berkata, dia sedang mengusahakan jualan produk madu berjenama Madu Maiza yang berguna untuk kesihatan selain menjadi jurucakap produk satu jenama pakaian .klik sini.
Moga yg baik dipermudahkanNya..
BalasPadam