FLORIDA: Pemain golf nombor satu dunia, Tiger Woods membayar salah seorang daripada wanita simpanannya sebanyak 6.5 juta (RM32.25 juta), lapor media Amerika Syarikat, semalam.
Laman web selebriti, TMZ.com mendakwa, pemain golf curang itu menyerahkan sejumlah wang lumayan kepada Rachel Uchitel, 34, (kiri) wanita pertama yang mendedahkan hubungannya dengan Woods.
Woods dilaporkan membeli hos kelab terbabit dengan harga 2 juta (RM9.93 juta) supaya dia berdiam diri selepas skandal kecurangan pemain golf itu terbongkar.
Namun, TMZ.com melaporkan sumber rapat pasangan itu mengesahkan Woods, 33, membayar 6.5 juta bagi perjanjian menyimpan rahsia.
Sumber kami memberitahu, Woods bimbang kerana bekas kekasihnya itu tahu banyak maklumat mengenai dirinya, dia segera bersetuju memberi wang itu sebagai tukaran supaya Uchitel tidak membocorkan rahsia, lapor laman web itu. klik sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.