KUALA LUMPUR: Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy mendakwa penahanan semulanya mengikut Seksyen 3 Akta dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (LLPK) adalah satu pelan sokongan dilakukan secara kebetulan untuk menyelamatkan imej dan reputasi polis.
Peguam Benjy, Amer Hamzah Arshad, berkata niat polis pada mulanya hanya menyiasat dan mendakwa anak guamnya itu bagi tuduhan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, katanya, selepas liputan meluas media mengenai kes itu melalui kenyataan akhbar oleh pihak polis sendiri, didapati tiada bukti menyebabkan Benjy didakwa mengikut seksyen berkenaan.
“Terdesak menyelamatkan imej mereka, polis hanya dapat mengemukakan dakwaan memiliki 0.24 gram syabu terhadap pemohon (Benjy),” katanya.
Amer Hamzah mengemukakan hujah dalam permohonan writ habeas corpus untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi pembebasan serta-merta anak guamnya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak bersambung hari ini.
Home »
» Benjy dakwa ditahan semula jaga imej polis
Benjy dakwa ditahan semula jaga imej polis
Written By canang on Selasa, 27 April 2010 | 4/27/2010 07:50:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan