Home » » Cable News Network (CNN) Larry Kingcerai isteri ke-7

Cable News Network (CNN) Larry Kingcerai isteri ke-7

Written By canang on Jumaat, 16 April 2010 | 4/16/2010 05:00:00 PTG

LOS ANGELES: Personaliti terkenal rangkaian televisyen Cable News Network (CNN) Larry King, 76 dan isteri beliau yang ketujuh, Shawn Southwick, 50, memfailkan permohonan cerai semalam bagi menamatkan perkahwinan mereka selama 13 tahun.

Jurucakap King, Howard Rubenstein berkata beliau dan Southwick mempunyai dua anak.
“Perkara yang paling menjadi keutamaannya ialah kebajikan anak mereka dan selain daripada persoalan ini, King tidak akan membuat ulasan mengenai perceraiannya,” katanya.
Laporan menyatakan beberapa minit selepas peguam King, Dennis Wasser, memfailkan dokumen perceraiannya, peguam Southwick, muncul untuk memfailkan tuntutan yang sama.

Kedua-dua pihak memberi alasan tiada persefahaman sebagai punca perceraian.



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger