KUALA LUMPUR: Bagi menambah ‘power’ ke atas Ecstasy yang dihasilkan, sepasang suami isteri menjadikan pil Viagra yang dijual di kaki lima sebagai ramuan rahsia selain ketamin dan serbuk Ecstasy yang dibekalkan.
Namun, kekebalan pasangan ini tidak bertahan lama apabila makmal dadah mereka yang terletak di sebuah rumah teres dua tingkat di Ampang diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur jam 12.15 tengah malam Khamis lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata bertindak atas maklumat aktiviti pengedaran Ecstasy di kelab malam sekitar Cheras dan Ampang, pasukannya mengesan lokasi makmal dadah terbabit di Taman Bukit Teratai di sini.
“Siasatan awal mendapati pasangan terbabit mendapat serbuk Ecstasy pelbagai warna dibekalkan pengedar dari utara tanah air dan kemudian dicampurkan dengan ketamin serta pil Viagra yang dihancurkan menggunakan batu lesung sebelum dijadikan pil.
“Ia diedarkan di kelab atau pusat hiburan dengan harga RM30 hingga RM40 sebiji,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.
Home »
» Campur Ecstasy dengan Viagra, bagi menambah ‘power’
Campur Ecstasy dengan Viagra, bagi menambah ‘power’
Written By canang on Selasa, 20 April 2010 | 4/20/2010 06:59:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan