Home » » Dimahkota sebagai Ratu dadah Kanabis

Dimahkota sebagai Ratu dadah Kanabis

Written By canang on Selasa, 20 April 2010 | 4/20/2010 01:00:00 PTG

ASPEN, Colorado - Seorang gadis, Blakely Stein dari Telluride, Colorado Amerika Syarikat (AS) dimahkotakan sebagai Ratu Kanabis pada ekspo Mahkota Kanabis 2010 yang berlangsung di Aspen kelmarin.

Pertandingan ratu cantik itu mengetengahkan beberapa orang wanita yang mempunyai kaitan dengan komuniti yang menghalalkan penggunaan dadah kanabis.

Antara wanita yang menyertai pertandingan itu ialah pekerja di kaunter-kaunter ubat selain pekerja kesihatan yang menggunakan kanabis bagi tujuan perubatan.

Colorado merupakan sebuah daripada 14 buah negeri yang membenarkan penggunaan kanabis untuk perubatan.

Pameran jualan dan perniagaan-perniagaan berkaitan kanabis di Colorado pada tahun lalu semakin pesat meningkat ekoran penggunaannya yang semakin meluas.



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger