Home »
» Dunia Artis:Aleeza dakwa suami lafaz cerai
Dunia Artis:Aleeza dakwa suami lafaz cerai
Written By canang on Jumaat, 30 April 2010 | 4/30/2010 07:00:00 PTG
PETALING JAYA - Aktres dan model terkenal Aleeza Kassim mendakwa suaminya, Mohd. Fauzi Che Ros ada melafazkan perkataan, ‘Kita cerai esok’ setelah dia mengadu bosan kerana perlu mengikut setiap arahan ahli perniagaan itu.
Aleeza, 39, berpendapat, apa yang dilafazkan Mohd Fauzi, 47, itu bukan bermaksud untuk bercerai pada keesokan harinya sebaliknya pergi ke mahkamah syariah untuk mendapatkan kaunseling.
Menurut artis tersebut, ketika bertengkar dia ada cakap, ‘I bosan ikut arahan you’ pada Mohd. Fauzi dan kemudian suaminya terus lafaz,” Kita cerai esok”. “Apa yang saya faham, dia nak pergi mahkamah esok, tak mahu bercerai di rumah, kalau boleh nak cerai baik-baik,” katanya yang sebelum itu mengadu sakit kepala.
Heroin filem ‘Panas’ itu berkata demikian semasa memberi keterangan dalam perbicaraan permohonan pengesahan lafaz cerai itu difailkan oleh Mohd. Fauzi mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Kedua-dua mereka tidak melantik peguam dan mengendalikan kes sendiri.
Terdahulu, Mohd. Fauzi selaku plaintif dalam keterangannya berkata, pada malam 24 Januari 2010, jam 9 malam, mereka pasangan suami isteri ada bertengkar.
“Pada malam itu, ada sedikit pertengkaran. Kami bertengkar kerana tidak bersetuju pendapat mengenai balik kampung. Kalau boleh sebagai suami saya hendak isteri ikut cakap saja.
“Waktu saya melafazkan ‘kita cerai esok’ saya dalam keadaan marah dan ayat itu terkeluar secara spontan, namun tidak berniat untuk bercerai pada malam kejadian,”katanya.
Ditanya apa ayat yang dikeluarkan defendan sehingga lafaz cerai tersebut dibuat, plaintif mendakwa tidak ingat kerana sedang bertengkar dan tidak sedar apa yang diperkatakan.
Plaintif berkata, dia tidak menerangkan maksud ayat tersebut kepada defendan tetapi mereka berdua ada berbincang sejam kemudian apabila keadaan sudah reda.
“ Saya sedar perkataan itu bawa bahaya, kami duduk bersama tak mahu dapat dosa, jadi kita cakap baik semula dan dua hari kemudian, kami rujuk semula di Pendaftar Nikah, Cerai, Rujuk Shah Alam,” katanya.
Sebelum itu, dakwa plaintif mereka pernah bergaduh tapi tidak pernah sampai ke tahap untuk bercerai.
Defendan pula ketika ditanya Hakim Syarie, Fazli Che Hassan memberitahu dia bersetuju dengan segala keterangan plaintif termasuk mereka telah rujuk semula pada 27 Januari 2010.
Mahkamah kemudian menetapkan pada 11 Mei depan untuk keputusan permohonan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan