SELAMA ini namanya cukup bersih dari segala kontroversi picisan. Kalau adapun cerita kurang manis mengenai penyanyi berdarah kacukan Arab-Melayu-Jawa ini, ia tidaklah sampai memalukan atau mencalar reputasi serta imejnya sebagai seorang anak seni. Namun sejak gambarnya yang diambil untuk satu sesi fotografi bersama sebuah akhbar mingguan (bukan terbitan kumpulan NSTP) tersebar, imej bersih yang selama ini dipertahankannya kian tercalar.
Sekelip mata nama Betty Banafe menjadi panas dan kini menjadi mangsa kecaman pelbagai pihak di dalam internet. Pelbagai gambar berlainan gaya yang disifatkan pelayar internet dan ruangan sembang gosip sebagai "aksi melampau" penyanyi dan pelakon dari selatan tanah air ini disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Saya memang sedia maklum bahawa sekiranya gambar yang diambil tetapi tidak digunakan, ia seharusnya disimpan dalam arkib foto tetapi yang hairannya, bagaimana gambar yang diambil untuk tujuan kerja tiba-tiba boleh jatuh ke tangan yang tak sepatutnya," Betty Banafe
Akibatnya, hidup Betty kini tidak tenteram, jiwanya tidak tenang apabila satu demi satu masalah timbul disebabkan gambar.
"Terus terang disebabkan penyebaran gambar-gambar itu, hubungan saya dengan keluarga dan juga klien saya terjejas. Hari ini, saya akan balik ke Johor Bharu untuk mengadap ibu dan keluarga saya bagi menjelaskan keadaan sebenar.
"Sebagai gadis yang lahir dari keturunan Arab, perkara ini seperti ini memang menjadi pantang keluarga saya. Disebabkan itulah jarang orang melihat saya bergambar berpeluk dengan lelaki kerana saya tahu keluarga saya tidak suka dengan gambar seperti itu.
"Gambar itu diambil sewaktu saya mengadakan sesi fotografi untuk sebuah akhbar mingguan. Untuk pengetahuan semua, gambar itu mengambil konsep filem Avatar dan saya memilih untuk membawakan watak Nyetiri. Biasalah, kalau kita ambil gambar mengikut konsep, kita seharusnya menggayakan apa yang dilakukan watak itu. Jadi sebagai pelakon dan juga model, saya sedaya upaya memberikan pose yang terbaik dan cantik, bersesuaian dengan mood yang dikehendaki.
"Dan adalah perkara biasa juga untuk jurugambar mengambil seberapa banyak gambar berlainan sudut untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Cuma apa yang saya kesalkan adalah baki gambar yang diambil tetapi tidak disiarkan itulah yang disebarkan di dalam internet. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia membabitkan soal kepercayaan," kata Betty dalam satu pertemuan bersama Hip, Rabu lalu.
Katanya, kerana gambar itu juga dia diganggu oleh lelaki hidung belang dan mendapat kiriman SMS yang tak henti-henti mengecamnya.
"Disebabkan gambar itu, ada lelaki yang menyangkakan saya seorang wanita murahan dan boleh diperlakukan sesuka hati sehingga saya terpaksa mengugut mereka untuk membuat aduan ke balai polis andai dia terus mengganggu ketenangan saya.
"Tak kurang juga dengan kiriman SMS yang mengutuk dan mengecam saya kerana bergaya seksi seperti itu. Tapi saya tak ambil peduli kerana saya tahu mereka tidak tahu perkara sebenar,” kata Betty lagi.
Pada awalnya, Betty tidak menyedari gambar itu tersebar. Namun selepas melihat foto berkenaan di sebuah akhbar awal minggu ini, hatinya jadi panas. Geram tak terkata apabila memikirkan bagaimana gambar yang sepatutnya disimpan rapi oleh organisasi media berkenaan tiba-tiba menjadi bahan tatapan umum.
"Mereka sepatutnya menjaga privasi gambar terbabit. Saya memang sedia maklum bahawa sekiranya gambar yang diambil tetapi tidak digunakan, ia seharusnya disimpan dalam arkib foto tetapi yang hairannya, bagaimana gambar yang diambil untuk tujuan kerja tiba-tiba boleh jatuh ke tangan yang tak sepatutnya.
"Saya sudah meminta penjelasan daripada pihak yang berkenaan bagaimana hal seperti ini boleh berlaku. Malangnya sehingga kini tiada jawapan yang saya terima. Perkara ini memang memalukan saya dan ia membabitkan soal kepercayaan.
"Mungkin hari ini berlaku pada saya dan tidak mustahil ia boleh berlaku pada artis lain. Saya masih memberi peluang kepada pihak terbabit untuk bertemu dengan saya dan memberi penjelasan terhadap apa yang berlaku. Jika gagal, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana memang jelas hal ini menjejaskan reputasi saya sebagai seorang artis," tegas penyanyi yang pernah muncul dengan sebuah album berjudul Welyana ini.
Ditanya apakah dia serik untuk mengadakan sesi fotografi yang akan menampilkan pelbagai konsep pada masa akan datang, Betty berkata sebagai artis, perkataan serik tak pernah wujud dalam kamus hidupnya.
"Saya tidak serik cuma saya akan lebih berhati-hati. Bagi saya, artis dan media saling memerlukan antara satu sama lain. Sebagai artis, jika media mahukan saya memberikan pose yang menarik dan cantik, saya sedaya upaya akan memenuhi kehendak itu tetapi pada masa yang sama, tolonglah jaga perjanjian bersama kita itu.
"Ini adalah gambar yang diambil untuk kerja, kena profesional dan paling penting, jaga privasi gambar berkenaan.Saya harap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi," klik sini
Home »
» Dunia Artis:Gambar aksi Betty Benafe mula panas
Dunia Artis:Gambar aksi Betty Benafe mula panas
Written By canang on Jumaat, 2 April 2010 | 4/02/2010 08:42:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan