Sejak mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta, Omar Shariff Christopher Layton Dalton, Ning Baizura dilihat sering ditemani suaminya ke mana-mana saja majlis hiburan. Namun dalam pada kebahagiaan dan kemesraan pasangan ini, timbul cerita kurang enak kononnya Omar seorang yang gila glamor.
“Tak apa. Biar orang menganggap begitu. Dia suami saya. Dia sentiasa berada di sisi saya. Tak kisah apa orang nak cakap, asal saya gembira dan bahagia dengan dia. Dia tak gila glamor. Dia seorang yang memahami, penyayang dan ringan tangan. Susah nak cari lelaki yang suka membantu.”
Tambah Ning, beliau begitu bertuah kerana mempunyai seorang suami yang sangat memahami kerjaya seninya.
Dua tahun meniti alam rumahtangga, Ning turut mengharapkan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri kehidupannya dengan suami. “Semua wanita ingin melaluinya. Saya masih mengusahakannya, mungkin rezeki saya masih belum ada.”
Menurut wanita berwajah eksotik ini lagi, banyak perkara yang sedang dilaksanakan dan memerlukan dia memberikan komitmen kepada kerja dalam mengukuhkan lagi syarikatnya, HappeNings (M) Sdn. Bhd.
“Saya masih lagi ingin membina kerjaya. Saya perlu merehatkan diri jika saya nak dapatkan sebuah keluarga. Alhamdulillah, saya bertuah dan bersyukur tidak ada halangan daripada suami atau desakan untuk cepat-cepat ada anak. Suami saya seorang yang memahami.”
Ditanya adakah beliau merancang untuk mendapatkan zuriat, Ning menjawab, “Selama dua tahun saya tak pernah rancang.” Ning turut menepis cakap-cakap yang mengatakan beliau tidak mahu mengandung kerana takut kelihatan gemuk.
Dalam usia menjangkau 35 tahun, Ning tidak pernah terkilan walaupun sehingga saat ini masih belum dikurniakan cahaya mata.
“Saya tidak terkilan. Suami saya pun ada dua orang anak perempuan berusia enam dan tujuh tahun. Saya sangat rapat dengan anak-anak dan juga bekas isteri di England.”
Album keluar bulan Mei atau JunAlbum keluar bulan Mei atau Jun
Album baru keluar Mei/Jun
Ning atau nama sebenarnya, Ning Baizura Sheikh Hamzah merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanahair. Memiliki vokal yang memukau, tidak keterlaluan jika dikatakan persembahan penyanyi bersuara soprano ini bertaraf antarabangsa.
Selepas 18 tahun berkecimpung dalam industri, penyanyi yang popular dengan lagu "Awan Yang Terpilu", "Curiga", "Ke Sayup Bintang" dan "Pasti" ini kini semakin selesa membina kerjayanya bersendirian.
“Ning baru selesai rakam lagu untuk album baru. Album ini akan memuatkan dalam lapan hingga 10 buah lagu. Album ini, InsyaAllah, akan dilancarkan pada bulan Mei atau Jun ini,” ujar Ning bila ditemui baru-baru ini.
Selain album barunya, Ning turut berkongsi pengalamannya ketika menjalani penggambaran iklan di Bangkok. Umum mengetahui, Ning merupakan jurucakap bagi produk penjagaan kulit anti-penuaan, Olay Regenerist.
“Iklan ini memerlukan saya berputar dan tergantung macam ‘roller-coaster’. Ia agak mencabar walaupun takut juga kerana takut terjatuh. Keadaan saya pening sangat-sangat sebab diputarkan,” katanya yang amat berpuas hati dengan penghasilan iklan ini.
Baru habis penggambaran filem 'Cun'Baru habis penggambaran filem 'Cun'
Ingin berlakon drama
Selain memiliki bakat dalam bidang nyanyian, Ning juga mempunyai bakat dalam bidang lakonan. Kalau dilihat pada kemunculan Ning dalam dunia lakonan, Ning lebih banyak muncul dalam filem berbanding drama.
“Saya teringin nak buat drama. Tapi masa yang terlalu lama untuk penggambaran tidak mengizinkan saya untuk fokus dalam drama. Dulu agak sibuk, tapi sekarang boleh buat. Siapa-siapa yang berminat, saya tak kisah.”
Ditanya adakah kemungkinan ada produksi yang takut untuk mengambilnya berlakon drama kerana bimbang bayarannya yang tinggi, Ning menjawab, “Harga saya ikut pasaran dan berpatutan.”
Pernah membintangi beberapa buah filem antaranya, ‘Mimpi Moon’, ‘Malaikat Di Jendela’, ‘Lady Boss’, ‘Diva’ dan ‘Magika’, Ning turut memberitahu beliau baru saja selesai penggambaran filem ‘Cun’ lakonan bersama Maya Karin dan Remy Ishak.
“Kali pertama memainkan peranan sebagai seorang yang kelakar. Ia merupakan satu cabaran yang sukar bagi saya. Alhamdulillah saya dapat melakukannya.
“Dalam filem ini, saya membawa watak sebagai Candy, seorang produser yang ‘over the top’. Watak ini tidak lari seperti watak dalam filem ‘Lady Boss’,” kongsinya yang turut mengharapkan dapat mencuba watak lain selepas ini.
Suami seorang yang penyayang dan memahamiSuami seorang yang penyayang dan memahami
“Saya ada ditawarkan beberapa tawaran, tapi saya kena pilih skrip yang sesuai dan karakter yang saya boleh bawa. Saya akan ambil watak yang lebih versatil dan mencabar. Saya cuba elakkan peranan yang sama macam ‘Lady Boss’."
Home »
» Dunia Artis:Ning: Suami Tak Gila Glamor
Dunia Artis:Ning: Suami Tak Gila Glamor
Written By canang on Sabtu, 24 April 2010 | 4/24/2010 02:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan