Selain kisah kemenangan para artis termasuk kepulangan Dato' Siti Nurhaliza ke takhta Bintang Paling Popular selepas empat tahun lamanya di malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009, yang menjadi perbualan hangat semestinya insiden 'boo' penonton ketika nama Fasha Sandha dan Mawi diumumkan sebagai finalis di dalam kategori masing-masing.
Bukannya segelintir tetapi majoriti penonton yang membanjiri Arena of Stars malam Ahad lalu telah melaungkan ketidakpuasan mereka terhadap dua artis kontroversi ini.
Fasha SandhaFasha Sandha
Insiden 'boo' malam tadi bukan yang pertama dilalui Fasha. GUA ingat lagi ketika Anugerah Skrin 2009, perkara yang sama berlaku, walaupun tidak sekuat yang kedengaran malam tadi. Ada baiknya Fasha tidak menghadiri acara malam itu.
Jika anda mengikuti perkembangan kisah kontroversi Fasha, tidak sukar untuk memahami mengapa pelakon berusia 26 tahun itu dimalukan sebegitu.
Bermula dari kesnya bersikap biadap dengan para wartawan sehingga dituduh sebagai orang ketiga yang membawa kepada keretakan rumahtangga Nora Danish dan Rizal Ashram Ramli yang dibina pada 2006 itu, hinggakan Nora terpaksa mengandung anak pertamanya dengan berstatuskan janda, Fasha seakan sudah disenarai hitam masyarakat.
Tidak lama dulu, ketika sidang akhbar pertama ABPBH 09, Fasha pernah meluahkan kepada GUA hasratnya untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya sempena tahun 2010. Niatnya tidak lagi mahu dikaitkan dengan cerita-cerita kontroversi. Sebaliknya, dia mahu fokus pada kerjaya dan keluarga.
"Saya mahu cuba untuk membuat yang terbaik dan perbaiki kesilapan saya. Saya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada kesilapan", kongsinya dengan GUA.
Di dalam akhbar Berita Harian hari ini, Fasha menegaskan sekali lagi yang dia ingin muncul sebagai "Fasha yang baru". Namun, ia satu transformasi yang tidak semudah Fasha sangka apabila baru-baru ini, dia dituduh sebagai punca pergolakan rumahtangga Zamarul Hisham dan Diana Rafar. Semuanya disebabkan sekeping gambarnya bersama Zamarul.
Ditolak insiden itu ke tepi kerana pada GUA ia tidaklah semesra mana pun. Pada orang yang tidak mengenali mereka, akan disangka Zamarul dan Fasha itu dua kawan biasa yang sedang bergambar. Yang menjadi persoalan, memandangkan Fasha sudah bersedia untuk mengubah dirinya, apakah masyarakat dapat memaafkan semua yang telah berlaku dan menerimanya kembali?
Di mana silap Mawi?
Itulah yang bermain di fikiran GUA. Jika reaksi penonton tatkala nama Fasha diumumkan bagai sudah dijangka, yang mengejutkan GUA apabila Raja SMS Mawi turut menerima layanan yang sama. Sukar untuk GUA bayangkan apa yang dirasai Mawi yang ditemani isteri, Ekin apabila dikejutkan dengan jeritan 'boo' itu.
MawiMawi
Teringat lagi di awal kemunculan Mawi dulu ketika rancangan realiti Akademi Fantasia (AF) musim ketiga, bagaikan satu fenomena atau 'tsumawi', hinggakan ada jenama tudung yang dinamakan sempenanya, 'Tudung Mawi'. Dan siapa yang dapat lupakan 'tagline'-nya, 'Mawi World' yang menjadi sebutan ramai. Tak hairanlah bila anak kelahiran Kulai, Johor ini muncul juara AF3.
Tetapi entah di mana silapnya. Selepas menjulang trofi Bintang Paling Popular Berita Harian untuk tiga tahun berturut-turut sejak 2005, populariti Mawi semakin merudum.
Adakah kerana masyarakat masih tidak dapat memaafkannya atas keputusannya untuk memutuskan pertunangan dengan Ina Naim? Atau kerana umum merasakan anak Felda ini sudah mula besar kepala dan lupa diri? Ditambah pula dengan isterinya yang dilaporkan asyik berkepit dengannya ke mana saja dia pergi, membuatkan ramai semakin bosan dengan Mawi?
Bila teman sekerja GUA mengajukan persoalan mengenai insiden 'boo' itu kepada Dato' Siti Nurhaliza, diva kesayangan ramai, jawabnya, “Isu ‘boo’ ini sangat-sangat menyedihkan.
"Sebagai rakan artis, saya turut rasa kecewa dengan apa yang berlaku. Saya harap mereka berdua tidak mudah putus asa dan putus semangat. Apa yang perlu, kita baiki apa kelemahan kita. Selepas ini, janganlah ada sifat-sifat yang kurang senang, sampai bertindak macam itu. Ini melibatkan maruah.”
Home »
» Dunia Artis:Patutkah Fasha Sandha & Mawi Di 'Boo'?
Dunia Artis:Patutkah Fasha Sandha & Mawi Di 'Boo'?
Written By canang on Khamis, 15 April 2010 | 4/15/2010 12:08:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan