Home » » Dunia Artis:Wan Sharmila Menangis Di Kala Sepi,tampa lelaki,

Dunia Artis:Wan Sharmila Menangis Di Kala Sepi,tampa lelaki,

Written By canang on Khamis, 15 April 2010 | 4/15/2010 11:00:00 PG

Selepas bercerai dengan penerbit drama, Fazli Baharom pada 23 Oktober lalu, pelakon Wan Sharmila kini hidup bersendirian tanpa kehadiran lelaki di sisi.

“Kehidupan ada beza. Sebelum ini ada orang jaga, tapi sekarang kena fikir sendiri. Paling ketara, bila tiada lelaki kehidupan agak sukar sedikit,” kongsi Wan ketika ditemui di pra-tonton filem 'Hooperz' baru-baru ini.

Pasangan ini berkahwin pada awal tahun 2007 dan tidak dikurniakan anak. Wan mengakui jika sebelum ini dia bergantung kepada kaum Adam, namun kini, beliau perlu memikirkan tentang diri sendiri.

“Dulu boleh minta tolong mereka. Saya percaya kalau ada lelaki, benda akan lebih senang. Saya percaya berdua adalah lebih baik.”

Apabila ditanya adakah dia kesal dengan perceraian yang berlaku, Wan menjawab, “Tidak. Mungkin ada hikmah. Kita kena percaya dengan apa yang Tuhan beri kepada kita.”

Bergelar janda pada usia yang muda, Wan tidak akan menolak jika ada jodoh yang datang padanya kelak. Namun di saat ini, Wan masih belum terfikir untuk mencari pengganti.

“Tak ada. Tak nak fikir sangat. Biar ia datang secara semulajadi. Kalau ada, ada lah. Kalau tak ada, tak ada lah.”

Di sebalik raut wajah yang sentiasa murah dengan senyuman, siapa sangka hati milik janda muda ini sebenarnya sedih tatkala kesepian.

“Ada ketika kita ‘down’ gila-gila. Bila keadaan sunyi, saya seorang diri, saya akan menangis. Saya rasa sunyi sangat-sangat.”

Begitulah luahan hati Wan apabila menceritakan tentang kehidupannya sekarang. Sambil menahan air matanya dari bergelinangan, Wan mengakui rakan-rakan banyak membantu menghilangkan kesunyiannya.

“Kawan baik saya banyak menemani saya, tapi tidak selalu kerana dia jauh di selatan tanah air. Kadang-kadang dia sanggup datang dari jauh untuk menemani saya. Saya akan cerita segalanya pada dia.

"Selain dia, mak saya juga adalah tempat untuk saya meluahkan kesedihan saya,” ujarnya sambil meminta kepada GUA untuk tidak meneruskan persoalan tentang perkara ini.

Ditanya pernahkah terdetik di hatinya untuk merujuk kembali dengan bekas suaminya, Wan menjawab, “Saya tak nak fikir pasal rujuk.”


Hubungan dengan bekas suami masih baik
Umum mengetahui, Wan banyak tampil dalam drama terbitan Radius One, produksi milik bekas suaminya. Antara drama yang pernah dibintanginya, 'Sindarella' dan 'Tari Tirana'. Tertanya-tanya juga adakah selepas bercerai, Wan masih bekerjasama dengan bekas suaminya?

“Selepas bercerai pun saya ada berlakon dengan produksi dia. Kali terakhir adalah untuk telemovie ‘Ngompol’.”

Wan turut menepis dakwaan bahawa kerjaya lakonannya hanya bergantung pada produksi milik bekas suaminya. Dia kini terlibat dengan penggambaran filem ‘Raya Tak Jadi’ di bawah produksi Prof. Madya A. Razak Mohaideen. Selain itu, dia baru saja selesai penggambaran drama ‘Da Bomba’ untuk slot Senda Pagi di TV3.

Menurut gadis berusia 29 tahun ini, walaupun sudah berpisah, hubungannya dengan bekas suami masih lagi baik sehingga kini.

“Masih berhubung baik macam biasa. Kadang-kadang ada juga keluar bersama-sama macam kawan. Buat apa nak gaduh.”

Selain meminati dunia lakonan, Wan turut melahirkan rasa minatnya dalam dunia pengacaraan.

“Saya teringin menjadi pengacara. Tapi buat masa ini tak ada peluang lagi. Nak juga cuba.”


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger