Home » » Fasha Sandha Jadi pelacur kelas atasan

Fasha Sandha Jadi pelacur kelas atasan

Written By canang on Isnin, 5 April 2010 | 4/05/2010 09:08:00 PG


GELARAN perampas suami atau kekasih orang kerap kali dikaitkan dengan pelakon jelita ini. Apalagi sepanjang enam tahun bergelar anak seni, ada saja kontroversi dengan pemilik nama Fasha Sandha ini yang dikaitkan sedang bercinta dengan suami artis itu dan ini malah juga dengan golongan VVIP sehinggakan rumahtangga beberapa pasangan artis bergolak gara-gara dikatakan berpunca daripada Fasha sendiri.

Tidak ambil kisah dengan gelaran yang diberikan terhadapnya, kini Fasha tampil lebih berani dengan menjadi seorang pelacur kelas atasan.

Jangan salah tafsir pula, keberanian itu hanya dilakukan untuk watak Frieda drama bersiri Spa Qistina musim ketiga yang akan disiarkan di Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (saluran 953) mulai 5 April ini, Isnin, pukul 9 malam.

Frieda seorang pelajar universiti dan pelacur kelas atasan atau bertaraf elit yang mempunyai agenda tersendiri untuk membalas dendam dan menghancurkan hidup Qistina (lakonan Nanu) serta menggoda suami Qistina, Fahmi (Ijoy Azhari).

Dalam beberapa babak drama tersebut, Fasha juga melakonkan aksi-aksi panas bersama Ijoy.

Dengan watak dan aksi panas yang dipaparkan, Fasha sudahpun bersedia untuk menerima kritikan dan persepsi daripada orang ramai.

"Walaupun siri ini belum lagi bermula, saya sendiri sudah merasai impak yang akan diterima nanti. Pada awalnya, memang saya takut tak boleh melakonkan watak ini dengan baik. Sudahlah macam-macam kontroversi yang timbul tentang saya.


"Apa-apa pun saya percaya orang akan memberi persepsi buruk dan saya tak kisah jika orang mengata yang bukan-bukan kepada saya kerana ini bermakna lakonan saya berjaya.

"Mengenai lakonan babak panas itu, senang saya katakan, ia cukup membuatkan orang benci watak Frieda itu. Bukan mudah untuk melakonkan adegan tersebut memandangkan Ijoy adalah suami orang dan saya berterus-terang mengenai persepsi orang nanti.

"Ijoy kata tiada masalah kerana kak Sha (Sharifah Shahira) sporting. Sebagai seorang pelakon saya kena profesional, takkan selama-lamanya saya perlu memegang watak-watak baik.

"Apa sahaja kata-kata mereka, saya akan terima asalkan saya dan produser berpuas hati dengan lakonan itu. Saya juga gembira dan berpuas hati dengan hasil lakonan saya," katanya selepas pelancaran drama Spa Qistina di Hotel Maya, Isnin lalu.

Ditanya pula tidakkah dia takut jika masyarakat memberi persepsi bahawa watak Frieda adalah dirinya yang sebenar, kata anak kelahiran Pulau Pinang ini: "Kontroversi rampas merampas adalah benda basi. Saya tak boleh nak puaskan semua pihak dengan datang pada mereka dan menceritakan hal sebenar satu persatu.

"Mungkin orang akan tahu siapakah diri saya jika saya ceritakan secara terperinci dengan setiap hal yang telah berlaku. Sebelum saya menerima watak ini, saya sudahpun berbincang dengan pengurus dan keluarga saya dan mereka kata karakter Frieda agak berat dan ini satu peluang untuk saya cari kelainan dalam lakonan."


Menginjak usia 26 tahun pada 28 Mac lalu, Fasha nekad, sudah sampai masanya untuk diri membuat perubahan. Dengan kontroversi yang terpaksa dilalui, Fasha menjadi lebih matang dalam menjalani hidup.
Akur dengan kesilapan lalu, Fasha menganggap setiap kejadian yang dilalui adalah warna-warni kehidupan untuk menjadi seorang yang lebih dewasa.
Malah, tahun ini juga merupakan pengalaman pertamanya tidak meraikan hari jadi bersama teman-teman.
"Sekarang saya perlu menjadi Fasha yang baru, zaman remaja saya sudah berlalu. Cukuplah untuk saya berparti lagi. Saya dan keluarga sekadar keluar makan malam sahaja.
"Terima kasih kepada para peminat kerana telah menyedarkan saya. Rasanya kini diri saya menjadi lebih matang dan dewasa. Jika kisah saya menjadi bahan bualan, saya perlu fikir, inilah harga yang perlu dibayar jika menjadi orang yang dikenali. Yang penting, keluarga perlu ada di sisi bila saya berdepan dengan masalah saya.
"Selain itu, saya juga akan membuat pembaharuan dengan menghabiskan masa saya bersama keluarga dan orang yang disayangi. Kalau nak tahu, sekarang saya suka menonton DVD. Ia juga dapat mengasah bakat lakonan saya. Insya-Allah, saya akan menjadi seorang wanita yang lebih baik," katanya yang kini lebih selesa untuk memilih tawaran yang bersesuaian dengan dirinya.
Fasha juga mempunyai harga tersendiri dalam setiap tawaran lakonan yang diterima. Bukan mahu meletak harga, tetapi harga yang ditetapkan itu bersesuaian dengan kerja yang dilakukannya.
"Saya akan jaga setiap komitmen dan kualiti lakonan seratus peratus. Sebab itu saya tidak mengambil beberapa projek lakonan pada satu masa.

"Dulu, saya akui lakonan saya agak kaku. Sepanjang lima tahun dalam lakonan, ia adalah satu pembelajaran untuk saya. Waktu itu juga saya main ambil sahaja segala tawaran yang diterima. Tidak lagi kini kerana saya lebih memilih dan akan mengkaji setiap watak yang diberikan untuk hasil lakonan yang lebih baik," katanya.

Selain itu, Fasha kini sedang bahagia dengan seorang lelaki yang enggan diberitahu namanya. Kata Fasha, mengenai khabar angin yang mengatakan dirinya sudahpun berumah tangga hanya sekadar spekulasi.

Dengan pengalaman cinta yang dilalui, Fasha enggan terlalu serius dengan mana-mana lelaki kerana takut jika hatinya terluka lagi.


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger