KUALA SELANGOR 4 APR: Umno Barisan Nasional dijangka menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai modal kempen politik dengan menabur pelbagai fitnah dalam usaha memenangi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Demikian jangkaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi beliau sebaliknya menganggap strategi sedemikian belum tentu menguntungkan parti pemerintah itu kerana pengundi kian bijak menilai.
"Kalau Barisan Nasonal menggunakan pilihan raya ini untuk membuat fitnah kepada Anwar, teruskanlah. Itu terpulang pada rakyat untuk menerima kenyataan tersebut, rakyat bebas untuk mendengar,” katanya.
Seramai 64,500 pemilih berdaftar termasuk 799 pengundi pos bakal memilih Ahli Parlimen berikutan penyandang dari Parti Keadilan Rakyat, Datuk Dr Zainal Abdin Ahmad meninggal dunia 25 Mac lalu.
Bagaimanapun, Khalid menegaskan media arus perdana harus lebih bertanggungjawab dan adil supaya rakyat memperoleh maklumat yang tepat, seterusnya mencapai keputusan terbaik.
“Saya harap laporan berita itu mesti saksama. Apa yang dikatakan oleh Barisan Nasional, apa yang dikatakan oleh Pakatan Rakyat, semua mesti ditulis supaya rakyat dapat mengadili,” kayanya
Dalam pada itu, Khalid berharap pembangunan yang dilaksanakan Pakatan Rakyat sepanjang dua tahun memerintah Selangor dapat diterangkan kepada rakyat berikutan media arus perdana cuba memadamkan fakta itu.
“Saya mahu berjumpa dengan rakyat. Saya mahu beritahu yang saya sudah menjalankan tugas lebih daripada dua tahun. Jadi saya hendak turun untuk bertanya sama ada rakyat faham apa yang saya lakukan, apa lagi mesti saya lakukan,”
Home »
» Fitnah Terhadap Anwar Modal Politik Umno-BN Di Hulu Selangor
Fitnah Terhadap Anwar Modal Politik Umno-BN Di Hulu Selangor
Written By canang on Ahad, 4 April 2010 | 4/04/2010 08:06:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan