Isnin, 26 April 2010

Hotel bogel pertama di Turki

ANKARA - Pelancong-pelancong kini boleh menikmati sinaran matahari sambil berbogel di pesisiran pantai Turki bermula minggu depan apabila negara Islam itu membuka sebuah hotel yang membolehkan mereka tidak memakai sebarang pakaian, lapor sebuah akhbar semalam.

Dibuka khusus untuk pelancong asing, hotel bogel yang menghadap pantai itu akan dibuka pada 1 Mei depan terletak berdekatan sebuah resort.

"Pelancong dibenarkan berbogel di dalam kawasan hotel tetapi bukan di kawasan pantai awam berdekatan," kata Pengurus tempahan hotel Adaburnu-Golmar, Ahmet Cosar.

Bagi tetamu yang bertekad untuk tidak memakai pakaian mandi, pihak hotel akan menyediakan bas untuk ke pantai bogel persendirian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.