KUALA LUMPUR: “Selepas kami bertengkar, saya diusir dari rumah, tapi sebelum itu dia suruh saya ceraikannya” kata bekas gitaris kumpulan Blackrose, Sha’arin Mohd Razali dalam perbicaraan pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, aktres Hussin di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Sha’arin, 40, selaku plaintif berkata pada anggarannya, Ida selaku defendan mendengar lafaz cerai diucapkan berikutan jarak antara mereka begitu hampir walaupun Ida tidak menunjukkan apa-apa reaksi.
Bagaimanapun, Sha’arin dalam keterangannya di hadapan Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin memberitahu dia tidak menyebut jumlah talak dalam lafaz cerai itu. “Ketika melafazkan cerai, saya tidak sebut jumlah talak,” katanya ketika sesi pemeriksaan utama peguamnya, Mahyuddin Md Zahari.
Plaintif berkemeja lengan panjang putih dan berkaca mata gelap hadir ke mahkamah bersama seorang temannya manakala Ida, 45, tidak hadir.
Menurut Sha’arin, ketika lafaz itu dibuat, dia dan Ida berada di dalam bilik mereka manakala pembantu rumah berada di dalam bilik lain. Ketika itu, defendan berdiri hampir dengan pintu bilik dan dia berada dekat katil. Sha’arin berkata, dia melafazkan cerai selang 10 saat selepas Ida menyuruh dia berbuat demikian. “Selepas itu, saya keluar bilik dan defendan menyuruh pembantu rumah kemas barang dan beri pada saya. Saya ambil barang dan terus keluar kira-kira setengah jam selepas itu,” katanya.
Tambah Sha’arin, dia pulang semula ke rumah pada petang itu juga untuk mengambil barang lain, namun hanya berjumpa pembantu rumah dan mengambil barang berkenaan di tempat letak kereta saja. MAHYUDDIN: Bila kejadian itu berlaku? SHA’ARIN: Pada 22 September 2009, kira-kira jam 11 pagi. MAHYUDDIN: Di mana? SHA’ARIN: Di Metropolitan Square, Bandar Damansara Perdana. MAHYUDDIN: Ceritakan kepada mahkamah apa yang berlaku.
SHA’ARIN: Pada pagi itu berlaku pertengkaran antara saya dan defendan. Selepas bertengkar defendan suruh saya keluar dari rumah dan suruh saya ceraikan dia. MAHYUDDIN: Bagaimana ayat dia? SHA’ARIN: Saya tak ingat tapi dia kata “Kalau macam ini ceraikan saya.” Dia cakap begitu sebelum dia suruh saya keluar dari rumah. MAHYUDDIN: Apa yang kamu jawab? SHA’ARIN: Saya jawab “Baiklah saya ceraikan kamu.” MAHYUDDIN: Ada sebut jumlah talak? SHA’ARIN: Tidak. MAHYUDDIN: Ketika kamu sebut memang ada niat ceraikan dia? SHA’ARIN: Ya.
MAHYUDDIN: Masa kamu lafazkan cerai, bagaimana keadaan kamu? SHA’ARIN: Saya normal mungkin sedikit emosi kerana baru lepas bertengkar.
MAHYUDDIN: Adakah tahap kemarahan itu buat kamu sehingga menjadi gila? SHA’ARIN: Tidak. Sha’arin juga memberitahu dia membuat lafaz cerai itu tanpa ugutan defendan, orang lain serta di bawah pengaruh apa-apa bahan yang mengkhayalkan.
Home »
» Ida Nerina halau suami
Ida Nerina halau suami
Written By canang on Rabu, 14 April 2010 | 4/14/2010 06:34:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan