Bekas Presiden juga dipercayai jadi sasaran bunuh di Jerman
NEW YORK: Bekas wanita pertama Amerika Syarikat, Laura Bush menulis dalam biografi akan datangnya bahawa beliau dan suaminya George W Bush mungkin diracun apabila mereka jatuh sakit ketika menghadiri sidang kemuncak di Jerman pada 2007, lapor akhbar New York Times, kelmarin.
Beliau meluahkan dakwaannya menerusi bukunya Spoken from the Heart yang dijangka diterbitkan Mei ini.
Laura mendedahkan, anggota Perkhidmatan Rahsia Amerika membuat siasatan sama ada delegasi Presiden mungkin diracun pada sidang kemuncak Kumpulan Negara Lapan (G8).
Suaminya, George W Bush menghabiskan sebahagian sidang kemuncak itu dengan terbaring di katil. Doktor membuat kesimpulan mereka dijangkiti virus, katanya, lapor akhbar berkenaan.
“Bagaimanapun, kami tidak pernah tahu jika delegasi lain sakit atau hanya kami yang sakit, sesuatu yang misteri,” tulis Laura.
Beliau juga menulis mengenai satu kematian dalam kemalangan kereta pada November 1963 ketika beliau berusia 17 tahun di Texas dan terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan seorang pelajar.
“Saya hilang keyakinan November itu, hilang selama beberapa tahun.
“Ia kali pertama saya berdoa kepada Tuhan untuk mendapatkan sesuatu, bukan permintaan mudah zaman remaja namun dengan rendah diri merayu untuk menghidupkan nyawa manusia lain. Ia seperti tiada siapa yang mendengar,” tulisnya.
Buku itu juga ditujukan, menurut laporan akhbar berkenaan untuk mematahkan kritikan ke atas suaminya. Beliau menganggap komen sebagai penghinaan oleh pemimpin Demokrat Senat Harry Reid dan Nancy Pelosi sebagai ‘tidak beradab dan tidak wajar.’
Bush terlebih dulu mengeluarkan bukunya mengenai suasana di Washington berjudul Decision Points pada November 2009.
Home »
» Isteri Bush syak diracun
Isteri Bush syak diracun
Written By canang on Jumaat, 30 April 2010 | 4/30/2010 04:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
tak mampooss ker!
Catat Ulasan