‘I love shoes!’ Dalam sebulan pasti GUA akan beli dua atau tiga pasang kasut. Keinginan membeli kasut memang tidak boleh ditahan-tahan setiap kali mata terpandang kasut rekaan baru yang menyerlah dan unik. Sebab itulah dalam almari kasut GUA masih ada beberapa pasang kasut yang masih tidak dipakai. Anda pula macamana? Sama macam GUA atau sebaliknya?
Tetapi GUA yakin, ramai wanita di luar sana mesti sama dengan perangai GUA. Wanita mana yang tidak suka dengan kasut? Baiklah, dalam ‘kegilaan’ membeli kasut itu, anda tahu atau tidak cara yang betul memilih kasut yang sesuai dengan kaki anda? Pengetahuan ini penting. Kalau silap pilih ia boleh mendatangkan ketidakselesaan pada kaki. Lebih teruk lagi, boleh membahayakan kesihatan.
Berikut tujuh tip memilih kasut yang boleh dijadikan panduan sebelum anda membeli:-
1. Pastikan kasut yang dipilih cukup selesa dengan kaki. Sekiranya anda melangkah dan kaki terasa sakit atau kurang selesa, baik lupakan sahaja niat anda. Pilih kasut dengan rekaan yang lain. Ingat, jangan menyeksa diri!
2. Sebelum membeli kasut, anda harus tahu penampilan yang diinginkan sebaik anda menyarung kasut tersebut. Stiletto misalnya membuatkan si pemakai tampil seksi, manakala sandal pula kelihatan lebih santai.
3. Jangan takut membeli kasut berwarna terang / garang. Pasti bosan bukan kalau kasut anda hanya terdiri daripada warna-warna selamat seperti, putih, hitam dan coklat. Sesekali tidak ada salahnya memakai kasut yang warnanya menarik perhatian. Kalau bijak memadannya dengan pakaian, ia boleh menyerlahkan personaliti anda.
4. Pilih kasut yang sesuai dengan acara yang dihadiri. Kasut untuk ke pejabat dan membeli-belah seharusnya berbeza. Begitu juga kalau hendak menghadiri acara makan malam, jangan pakai sandal atau kasut bertapak datar (‘flat shoes’) dengan gaun malam. Sangat tidak sesuai dan perbuatan ini tidak boleh dimaafkan.
5. Jika ingin kelihatan tinggi, ‘wedges’ adalah pilihan yang ideal. Kasut bertumit tinggi juga boleh digayakan, tetapi bukan semua boleh memakainya dengan selesa. Kalau anda mempunyai berat badan berlebihan, kasut tumit tinggi hanya membuatkan anda menderita!
6. Kalau ingin memakai kasut bertapak datar, pastikan seluar, jeans atau kain anda tidak terlalu labuh. Pasti nampak tidak cantik kalau pakaian anda itu terselit di antara kasut dan tumit kaki. Jika tidak pun, pasti setiap kali melangkah, anda akan terpijak kaki seluar atau jeans anda itu. Melecehkan bukan?
7. Sekiranya anda memakai mini skirt atau gaun pendek, jangan sesekali memadankannya dengan kasut bertumit tinggi lebih daripada tiga inci. Sebaliknya kenakan dengan kasut bertapak datar. Alasannya, ia untuk mengimbangkan penampilan anda.
Home »
» Jangan Salah Pilih Kasut
Jangan Salah Pilih Kasut
Written By canang on Sabtu, 24 April 2010 | 4/24/2010 09:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan