Masyarakat Cina terutamanya di Kampung-kampung baru dan pedalaman Hulu Selangor diminta tidak terpengaruh dengan Dakyah MCA menawarkan Taraf Kewarganegaraan kepada pemegang kad pengenalan permastautin tetap atau IC Merah.
Setiausaha DAP Selangor, Lau Weng San dalam sidang media ini menerangkan ia hanyalah tindakan terdesak oleh MCA untuk memancing pengundi dengan menggula-gulakan kerakyatan negara.
"Kami melihat tindakan ini adalah tindakan yang cuba menipu pengundi kerana MCA sekarang dalam keadaan terdesak untuk memancing undi dari pengundi Cina, khususnya di kampung baru Cina," kata Setiausaha DAP Selangor Lau Weng San.
Sambil memegang keratan akhbar Sin Chew Daily bertarikh 11 April 2010 dan China Press 3 April lalu, beliau menerangkan tentang permohonan yang dibuat oleh 34 pemohon untuk mendapat kad pengenalan biru dan kenyataan pegawai Khas Menteri Dalam Negeri, Datuk hishamuddin Hussein iaitu Lau Yuen Ping.
Beliau juga memberitahu media bahawa amat sukar melepasi proses permohonan ini kerana bukan MCA yang berkuasa tetapi Jabatan Pendaftaran Negara.
Dalam perkembangan lain, DAP selangor telah melancarkan perkhidmatan hotline bagi pengundi yang mahu menyemak secara cepat daftar pemilih mereka.
4 nombor hotline ini akan dibuka sepanjang tempoh berkempen selama 24 jam sehari: 03 60651163, 03 78754724, 03 7963 4921 dan 013 2277197
Home »
» Jangan Terperangkap Janji Kewarganegaraan
Jangan Terperangkap Janji Kewarganegaraan
Written By canang on Jumaat, 23 April 2010 | 4/23/2010 12:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan