Sempena Hari Fakulti dan Pendaftaran Terbuka di Universiti Industri Selangor, kerajaan negeri menganjurkan kempen Jelajah Jom Kerja bagi membantu golongan belia dan graduan mengemudi kemunduran ekonomi hari ini.
Exco Pendidikan & Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali berkata kempen ini akan dianjurkan secara berterusan dengan kerjasama syarikat-syarikat serata Lembah Klang dan seluruh Selangor.
Ini adalah sebahagian dari program kerajaan negeri membantu golongan belia dan ibu tunggal mendapatkan pekerjaan. Kempen ini, menurut Halimah Ali, menawarkan lebih 20,000 peluang pekerjaan.
"Kita membantu syarikat-syarikat yang ada di lembah Klang dan seluruh Selangor ini untuk mencari pekerja. Yang kedua kita mahu penduduk penduduk, rakyat Selangor kepada remaja belia khususnya ibu tunggal untuk merebut peluang pekerjaan," tegas Halimah.
Di Unisel, program yang berlangsung dua hari bermula hari ini telah dirangka khas bagi menyalurkan maklumat kepada setiap pengunjung yang datang. Dr Halimah berkata kempen ini diharapkan dapat membendung gejala sosial akibat dari kesukaran mendapatkan mata pencarian.
"Sebab itu kerajaan negeri Selangor mahu meminimakan masalah ini dan memberi peluang yang sebaiknya untuk menyedarkan penduduk itu sendiri rebutkan peluang ini," klik sini.
Home »
» Jelajah Jom Kerja Tawar 20,000 Peluang Pekerjaan
Jelajah Jom Kerja Tawar 20,000 Peluang Pekerjaan
Written By canang on Sabtu, 3 April 2010 | 4/03/2010 07:55:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan