Home » » Kit Siang Isytihar Hulu Selangor Adalah Ijok Kedua

Kit Siang Isytihar Hulu Selangor Adalah Ijok Kedua

Written By canang on Isnin, 26 April 2010 | 4/26/2010 11:00:00 PTG

HULU SELANGOR 26 APR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang membawa ingatan penyokong Pakatan Rakyat kepada keperitan keputusan pilihan raya kecil Ijok pada 2007 tetapi berubah menjadi nostalgia manis setahun kemudian.

Beliau berkata demikian pada ceramah di Stadium Mini Kuala Kubu Baru sejurus selepas keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor Pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Beliau menegaskan kekalahan Pakatan Rakyat kali ini tidak akan merencat perjuangan rakyat.

"Dalam perjuangan, jalannya tidak mudah sebaliknya akan mengambil masa untuk mencapai kejayaan yang diharap-harapkan," katanya.

Kit Siang turut mengajak semua pihak khususnya penyokong Pakatan Rakyat mengimbas kembali keputusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok.

Pada 2007, calon Pakatan Rakyat, Tan Sri Khalid Ibrahim ditewaskan BN yang memperalat seluruh jentera dan menggunakan pelbagai taktik kotor, dengan majoriti 1,850 undi.

Seperti Datuk Zaid Ibrahim, Tan Sri Khalid juga ditewaskan calon BN dari MIC.

Malah, majoriti Parlimen Hulu Selangor yang diperoleh BN kali ini hampir sama dengan majoriti DUN Ijok pada 2007, bahkan lebih kecil iaitu 1,725 undi.

Bagaimanapun, kerusi DUN Ijok mudah dimenangi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-12 setahun kemudian, malah calonnya kemudian menjadi Menteri Besar Selangor.

Sehubungan itu, Kit Siang mengisytihar Hulu Selangor sebagai Ijok kedua, malah menganggap Parlimen Hulu Selangor bakal menjadi landasan ke Putrajaya.

"Dari kekalahan DUN Ijok, kita tawan Selangor . Kali ini dengan kekalahan Parlimen Hulu Selangor, kita jadikan landasan untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan,


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger