Jumaat, 2 April 2010

Kit Siang Saran Muhyiddin Letak Jawatan


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri jika beliau tidak dapat menjelaskan konsep 1 Malaysia sepenuhnya.

Beliau mendakwa konsep 1 Malaysia itu seolah-olah masih tidak mempunyai kesamarataan dalam pemberian hak sama rata terhadap semua kaum.

Penasihat DAP itu turut mencabar Muhyiddin supaya menjawab persoalan mengenai perbezaan hak istimewa orang Melayu dan bangsa lain.

Lim berkata, Muhyiddin dilihat sebagai ahli politik yang terdesak hingga memaksa beliau membuat satu gadaian yang tidak berasas dan menentang Perlembagaan negara.
klik sini



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.