Rabu, 28 April 2010

Lelaki Muslim simpan gundik

HEBBADJ (kiri), memerhatikan peguamnya, Franck Boezec menjawab soalan yang diajukan wartawan pada sidang media yang diadakan di Paris, kelmarin.
Penjual daging nafi berpoligami, tegas hanya amal gaya hidup Perancis

PARIS: Seorang lelaki Muslim Perancis dituduh berpoligami, sebaliknya menafikan tuduhan itu dan menerangkan bahawa selain isterinya, tiga wanita lain yang ada hubungan dengannya adalah wanita simpanan.
Malah, Lies Hebbadj yang mengendalikan sebuah kedai daging halal, menegaskan bahawa amalannya menjalin hubungan dengan wanita lain sejajar dengan gaya hidup Perancis.
Kes Hebbadj diberi tumpuan selepas isterinya dikenakan denda kerana memandu dengan memakai niqab.

Kenyataan terbarunya juga dianggap sindiran tajam terhadap pentadbiran Presiden Nicolas Sarkozy yang mahu imigran menjadi sebahagian daripada masyarakat tempatan.

Ia juga sebagai membalas kenyataan Menteri Dalam Negeri Perancis, Brice Hortefeux yang mahu membatalkan kewarganegaraan Hebbadj atas alasan beliau mengamalkan poligami.

Hebbadj juga disyaki pihak berkuasa sebagai mengambil kesempatan daripada subsidi kerajaan kepada semua ‘isterinya’.
Menjawab persoalan itu, Hebbadj berkata: “Jika kewarganegaraan kami ditarik balik, ada ramai lagi penduduk Perancis lain yang menghadapi nasib yang sama.
“Setakat apa yang saya tahu, menyimpan kekasih sulit tidak diharamkan di Perancis mahupun Islam.”

Hebbadj tidak memberitahu sama ada dia tinggal sebumbung dengan wanita simpanannya meskipun media tempatan melaporkan jiran lelaki itu mendakwa dia bergilir-gilir tidur di beberapa kediaman berbeza setiap malam.

Buat masa ini, pihak berkuasa masih menyiasat sama ada Hebbadj yang berasal dari Algeria memiliki empat isteri menerusi perkahwinan sivil berikutan perkara itu sesuatu yang diragui.

Jika beliau dinikahkan imam di Algeria atau Perancis, ia tidak berada dalam kategori itu mengikut undang-undang Perancis, kata peguam yang pakar dalam isu imigresen, Rabah Hached.

Bagi Hached, undang-undang menyebelahi Hebbadj. “Memiliki perempuan simpanan tidak menyalahi undang-undang negara ini,” kata peguam terbabit.
Meskipun tidak tahu sepenuhnya kes itu, Rabah menekankan: “Saya yakin lelaki itu mempunyai hak berbuat demikian


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.