KLANG : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengajak kerajaan Pusat pimpinan Umno-Barisan Nasional bersama-sama memajukan bidang pendidikan secara sama rata kepada semua lapisan kaum di negeri ini.
Beliau berucap demikian pada majlis makan malam sempena ulang tahun ke-56 Gabungan Lembaga Sekolah-sekolah Cina Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Sekolah Menengah Hin Hua di Klang.
Khalid turut menyerahkan wang peruntukan kerajaan negeri kepada empat sekolah Cina, masing-masing menerima RM500,000.
Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Teresa Kok, ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dan ADUN Sungai Pinang, Teng Chang Kim.
Dalam ucapannya, Khalid menegaskan, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sentiasa komited dalam menyamaratakan pendidikan kepada semua kaum di negara ini.
"Pendidikan ialah pelaburan masa hadapan. NMalaysia akan berjaya kalau ramai masyarakatnya, anak-anak mudanya berjaya dalam pelajaran lantaran memiliki kemahiran dan keupayaan untuk membawa negara ini ke tahap lebih maju.
“Hasilnya ialah kita beri kesamarataan kepada semua jenis sekolah. Sekolah Tiong Hua, Sekolah Tamil, Sekolah Agama Rakyat. Sebab pendidikan tiada batasannya," kata beliau.
Khalid berkata, kesungguhan kerajaan negeri dalam merakyatkan ekonomi Selangor dapat dilihat melalui program menaik taraf institusi pendidikan sedia ada seperti menyalurkan RM4 juta setahun kepada sekolah Tamil.
"Selepas dua tahun kerajaan Persekutuan mula mengambil berat tentang sekolah Cina. Semua pemimpin politik mula kata, mereka akan terlibat dalam usaha pembangunan sekolah Cina.
"Saya berharap mereka cakap betul dan kita mesti sokong usaha mereka ini,” tegas Khalid lagi.
Home »
» MB: Pendidikan Sama Rata Untuk Sekolah Tamil, Cina Dan Agama
MB: Pendidikan Sama Rata Untuk Sekolah Tamil, Cina Dan Agama
Written By canang on Selasa, 20 April 2010 | 4/20/2010 04:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan