Pengalaman perit Malaysia dalam menentang gerila komunis akan diceritakan kepada warga Amerika pada satu forum di Washington ketika negara mereka berhempas pulas menentang keganasan, termasuk menempatkan tentera di Iraq dan Afghanistan.
Sempena lawatan beliau Amerika Syarikat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah diundang Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) bagi menyampaikan ceramah, bukan sahaja berkaitan bidang kerjasama ekonomi, tetapi juga tentang pengalaman Malaysia dalam menentang pemberontakan komunis.
Najib, yang tiba pada Sabtu bagi lawatan seminggu, termasuk menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear Rabu ini, dijadualkan berucap pada satu forum anjuran CSIS, sebuah badan pemikir dwipartisan mengenai dasar luar.
Dalam pertemuan dengan wartawan Malaysia pada Jumaat, Duta Besar Malaysia ke Amerika Datuk Seri Jamaludin Jarjis berkata bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar dan bekas panglima angkatan tentera Malaysia Tan Sri Mohammed Hashim Ali juga diundang ke forum itu.
Hanif dan Mohammed Hashim adalah antara tokoh penting yang terlibat dalam gerakan menentang pemberontakan komunis, yang sering dirujuk sebagai darurat kedua di Malaysia. Episod itu bermula pada 1968 dan berakhir pada 1989 berikutan perletakan senjata secara aman oleh pengganas komunis.
Dalam sejarah kepolisan Malaysia, Hanif adalah orang paling lama berkhidmat sebagai ketua polis negara. Beliau mula menyandang jawatan itu pada 1974 selepas ketua polis negara sebelum beliau dibunuh pengganas komunis dan bersara 20 tahun kemudian.
Mohammed Ali pula memulakan kerjaya sebagai pegawai tentera hingga mencapai jawatan panglima tentera darat sebelum bersara sebagai panglima angkatan tentera pada 1992 setelah berkhidmat selama hampir 39 tahun dalam angkatan tentera.
Home »
» Najib ceramah isu komunis di AS
Najib ceramah isu komunis di AS
Written By canang on Sabtu, 10 April 2010 | 4/10/2010 01:05:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan