Home » » Najib terima anugerah pemimpin transformasi ASEAN

Najib terima anugerah pemimpin transformasi ASEAN

Written By canang on Isnin, 5 April 2010 | 4/05/2010 10:52:00 PTG

PETALING JAYA 5 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima Anugerah Pemimpin Transformasi ASEAN, yang julung kali diberikan, bagi komitmen beliau dalam melaksanakan transformasi kepimpinan sejak lebih sedekad lepas.

Anugerah itu disampaikan bersama oleh Pengerusi Institut Strategi dan kepimpinan Asia (ASLI), Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah dan pengasas majalah ASEAN Affairs (majalah terkemuka global mengenai ASEAN) S. Roy, sejurus selepas Najib selesai menyampaikan ucaptama pada Forum Kepimpinan ASEAN Axiata Ke-7 di Sunway di sini hari ini. Forum itu dianjurkan oleh ASLI.


Presiden Forum Perniagaan ASEAN, Datuk Dr. Jannie Tay dalam keterangan ringkas mengenai anugerah itu pada majlis itu berkata, Anugerah Pemimpin Transformasi ASEAN, yang diberikan buat julung kalinya, adalah kesinambungan daripada Anugerah Pencapaian Milenium ASEAN yang diberikan pada 2001 kepada Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew.

"Anugerah ini diberikan kepada pemimpin ASEAN yang telah berjaya melakukan transformasi terhadap kepimpinan diri mereka sendiri dan berjaya melakukan transformasi terhadap negara dan masyarakat yang ditadbirnya,” katanya



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger