HULU SELANGOR : Semakin hari semakin ramai orang Asal tampil mendedahkan penderitaan setengah abad yang dialami mereka ketika Umno Barisan Nasional berkuasa di Selangor.
Sekalipun dijanjikan tanah rizab dan macam-macam sagu hati, orang Asal sudah jelak mendengarnya tetapi teruja dengan pembaharuan yang dibawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang lebih realistik
Masalah orang Asal di Selangor mendapat perhatian kebelakangan ini sejak kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor bermula.
Sesudah lebih 50 tahun, nasib mereka tidak jauh berubah di bawah teraju Kerajaan Umno Barisan Nasional di mana mereka masih tiada tanah yang dirizabkan untuk mereka.
Selepas mengambil alih kerajaan negeri dua tahun lalu, harapan mereka tumbuh khususnya selepas kerajaan negeri menubuhkan Badan Bertindak Tanah Orang Asal Selangor (BBTOAS) yang diterajui Exco Negeri Selangor, Elizabeth Wong.
Pada sidang media hari ini, Batin Perat Dolah menerangkan perjuangan orang Asal sudah muak dengan janji kosong setengah abad oleh kerajaan Umno Barisan Nasional.
"Tak ada tanah lagi. Di mana orang Asal akan duduk, cari ekonomi. Saya ingat orang Asal kan merompak satu hari nanti. Saya harap kerajaan Pusat ambil perhatian orangkepada semua orang asli.
"Pasal rizab tanah, jangan bohong sahaja. Buktikan kesungguhan membela masyarakat seluruh kaum, prihatin apa yang dilaung oleh mereka," katanya lagi.
Perat Dolah turut membidas tindakan kerajaan Selangor pimpinan Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo sebelum ini yang langsung tidak memperdulikan kebajikan mereka.
"Duit itu bukan duit poket mereka sendiri, duit rakyat. Bukan kata orang Asal tidak bayar cukai. Beli kereta pun bayar cukai, beli basikal pun bayar cukai. Siapa kata kami tidak bayar cukai.
"Masa zaman khir toyo dulu, dia tidak berminat merizabkan tanah orang Asal, mungkin dia rasa merugikan kerajaan negeri," katanya.
Home »
» Orang Asal Jelak Dengan Janji Umno BN
Orang Asal Jelak Dengan Janji Umno BN
Written By canang on Jumaat, 23 April 2010 | 4/23/2010 07:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan