LOS ANGELES 27 April - Seorang lagi wanita simpanan kepada suami Sandra Bullock, Jesse James, memohon maaf kepada aktres jelita itu semalam.
Penari bogel, Melissa Smith yang mendakwa menjalin hubungan sulit dengan usahawan motosikal itu selepas bertemu dalam talian melalui laman web sosial MySpace, menghantar salinan faks kepada pelakon wanita yang memenangi Oscar itu dengan menyatakan kesal atas penderitaan yang timbul.
Salinan dokumen itu yang diperolehi daripada laman web artis, TMZ, menyatakan Smith merasa perlu untuk menghubungi Bullock dan memberitahu betapa kesalnya dia atas apa yang berlaku.
"Saya tahu apa yang saya katakan dalam surat ini tidak akan melegakan kesakitan akibat tindakan saya. Saya menyesal kerana menyakiti anda. Tindakan saya menjalin hubungan dengan lelaki yang sudah berkahwin tidak dapat dimaafkan," kata Smith.
Smith turut berharap Bullock menghubunginya sama ada melalui telefon atau bertemu empat mata.
Dia bukanlah skandal pertama James yang memohon maaf kepada Bullock.
Model tatu, Michelle 'Bombshell' McGee, sebelum ini yang mendakwa telah menjalin hubungan sulit selama 11 bulan dengan James, turut memohon maaf, namun menegaskan suami Bullock patut dipersalahkan.
James kini berada dalam rawatan pemulihan kerana ketagihan seks didakwa mempunyai dua lagi hubungan sulit.
Bullock dan James berkahwin pada 2005 dan dikurniakan tiga anak, namun sumber menyatakan bahawa aktres berusia 45 tahun itu bersedia untuk bercerai, sebaik-baik suaminya keluar dari pusat pemulihan. - AGENSI
Home »
» Penari bogel mengaku jalin hubungan dengan Jesse
Penari bogel mengaku jalin hubungan dengan Jesse
Written By canang on Rabu, 28 April 2010 | 4/28/2010 12:30:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan