LONDON: Seorang pembeli barangan antik mungkin mencuci kaki sebelum memijak permaidani yang baru dibelinya.
Tetapi, dengan harganya yang begitu mahal, dia tidak mungkin memijaknya sampai bila-bila.
Permaidani Parsi kurun ke-17 ini dibeli dengan harga £6.2 juta (RM30.63 juta), 20 kali lebih tinggi daripada jangkaan dalam acara lelong di pusat lelong Christie, London.
Pusat lelong itu bingit dengan tepukan sebaik sahaja permaidani itu sah menjadi milik pembida luar negara yang identitinya dirahsiakan.
Harga itu jauh lebih tinggi daripada permaidani termahal sebelum ini, permaidani sutera buatan Isfahan, Iran, yang dibeli dengan harga £2.3 juta (RM11.36 juta) didakwa dihasilkan pada awal 1600 dan dilelong pada Jun 2008 di New York.
Pengarah Permaidani Christie, William Robinson berkata, permaidani itu memiliki kesimbangan dan tarikan tersendiri.
“Rekaannya amat ringkas tapi memiliki makna mendalam,” katanya.
Jurucakap Christie berkata, kualiti permaidani itu mempamerkan kemahiran tinggi penenun Kirman di Iran.
Home »
» Permaidani antik Parsi kurun ke-17 bernilai RM30 juta
Permaidani antik Parsi kurun ke-17 bernilai RM30 juta
Written By canang on Isnin, 19 April 2010 | 4/19/2010 03:30:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan