Home » » Permohonan bekas isteri Roslin ditolak

Permohonan bekas isteri Roslin ditolak

Written By canang on Selasa, 20 April 2010 | 4/20/2010 08:30:00 PTG

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan bekas isteri pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim, terhadap keputusan mahkamah sebelum ini yang menolak bantahan awalnya berhubung tuntutan ganti rugi perkahwinan RM53,460.
Sehubungan itu, tuntutan difailkan Muhammad Roslin, 35, terhadap Faizah Mohamad, 33, akan didengar dan diputuskan sepenuhnya.

Faizah yang diwakili peguam syarie Mohd Amir Nazli Hussin dinasihatkan supaya mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu selepas kes tuntutan utama itu didengar.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menetapkan 5 Mei ini untuk sebutan.

Pada 25 Januari lalu, Hakim Syarie Mohd Radzi Abdul Latif menolak bantahan awal Faizah dan menetapkan perbicaraan secara tertutup.

Dalam permohonannya pada 3 Februari lalu, Faizah berkata, hakim terkhilaf selain membuat keputusan dengan tergesa-gesa tanpa menghalusi setiap isu dibangkitkan peguamnya.

Pada 12 Ogos tahun lalu, Roslin memfailkan tuntutan ganti rugi perkahwinan merangkumi perbelanjaan yang dikeluarkan ketika merisik dan berkahwin.

Pasangan yang menikah pada 31 Januari tahun lalu disahkan bercerai pada 12 Mei tahun sama oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya menerusi talak bain sughro (talak yang tidak boleh rujuk kembali kepada perkahwinan asal).



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger