Seorang lelaki yang dijatuhi hukuman akibat kesalahan seks yang tidak sepatutnya dilarang mengguna atau memiliki komputer selama 30 tahun selepas dia dibebaskan dari penjara, perintah mahkamah rayuan persekutuan semalam.
Panel tiga hakim bersetuju dengan pendakwa dan peguam lelaki itu bahawa larangan berkenaan terlalu keras kerana ia tidak boleh dilakukan dalam tiga dekad.
Mark Wayne Russell dari Columbia, Maryland ditahan pada 2006 bagi kesalahan cubaan merangsang seks apabila ingin menemui seorang gadis dikatakan berusia 13 tahun yang dikenalinya melalui Internet.
Hakim itu mengatakan penggunaan komputer selalunya penting untuk memohon kerja.
Russell dihukum penjara beberapa tahun dan mencabar syarat pembebasannya.
Panel berkenaan mengarahkan mahkamah rendah untuk menggubal syarat itu.
Dalam syarat hukumannya, Russell diperintah supaya tidak memiliki dan menggunakan komputer untuk ‘apa alasan pun’.
Peraturan 15 muka surat mahkamah rayuan itu menyatakan, syarat berkenaan tidak adil terutamanya kepada seorang lelaki berusia 50 tahun yang bekerja selama 10 tahun sebagai jurutera sistem gunaan.
“Ramai kerja yang dilakukan golongan kolar biru juga memerlukan penggunaan komputer,” jelas hakim.klik sini
Home »
» Pesalah seks dilarang guna komputer selama 30 tahun
Pesalah seks dilarang guna komputer selama 30 tahun
Written By canang on Sabtu, 3 April 2010 | 4/03/2010 01:43:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan