Home » » Rakaman aksi anak jadikan bapa kaya

Rakaman aksi anak jadikan bapa kaya

Written By canang on Jumaat, 16 April 2010 | 4/16/2010 11:00:00 PG

Rakaman video lucu seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang dalam perjalanan pulang selepas berjumpa doktor gigi telah memberi kekayaan kepada keluarganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Gelagat kanak-kanak itu, David DeVore yang berada dalam keadaan khayal selepas diberikan ubat bius semasa sebatang giginya dicabut, tiba-tiba menjadi popular setelah bapanya menyiarkan rakaman tersebut di laman YouTube di Internet.

Ekoran populariti tersebut, bapanya telah mendapat hak lesen perdagangan dengan pendapatan melebihi AS$100,000 (RM319,050).

Pada mulanya, dia menyiarkan rakaman tersebut di laman sosial Facebook kemudian di YouTube.

Rakaman selama kurang dua minit itu dirakamkan pada tahun lepas dengan menggunakan sebuah kamera video yang baru dibeli dan telah ditonton sebanyak 56 juta kali dengan 100,000 penonton baru setiap minit di YouTube.

Rakaman lucu itu menunjukkan kanak-kanak tersebut duduk di tempat duduk belakang kenderaan sambil memberitahu bapanya bahawa dia melihat bayang-bayang manakala bapanya mempunyai empat mata.

"Adakah ini kehidupan sebenar?. Mengapa ia terjadi kepada saya," ujar kanak-kanak tersebut.

Bapa budak tersebut kemudian mewujudkan satu laman web bagi membolehkan pengunjung membeli baju dan pelekat mengandungi ungkapan anaknya itu.

Barangan tersebut telah dihantar ke-20 buah negara dan kanak-kanak itu telah menjadi sebahagian daripada iklan permainan bola sepak Amerika untuk syarikat elektronik Vizio.



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger