Home » » Rakyat Bantah Kerjasama Kerajaan Malaysia-Israel

Rakyat Bantah Kerjasama Kerajaan Malaysia-Israel

Written By canang on Khamis, 8 April 2010 | 4/08/2010 09:00:00 PG

Henti segala bentuk kerjasama dengan Israel.

Itu desakan orang ramai terhadap kerajaan pimpinan Umno Barisan Nasional yang bekerjasama dengan Israel sebelum rahsia itu didedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tinjauan TV Selangor di sekitar negeri ini mendapati rata-rata mereka mengutuk tindakan itu dan mendesak kerajaan Umno BN supaya menghentikan serta merta kerjasama tersebut.

"Pertama, saya tidak setuju wujudnya pihak luar berada dalam keselamatan negara kita terutama dalam polis dan tentera. Kedua, syarikat ini pula berpangkalan di Israel.

Jadi, persoalannya mengapa sekarang kerajaan mahupun polis mengambil syarikat sebegini untuk terlibat dalam pembangunan sistem komunikasi. Bagi saya, ini satu ancaman," kata Sharafuddin Hussein.

Bagi Khairul Zakaria pula, kerjasama itu akan mengancam keselamatan negara kerana ia melibatkan sistem komunikasi serta pelbagai maklumat di Bukit Aman.

"Saya rasa tak patut PDRM join venture dengan Israel itu... Tak patutlah. Dalam Al-Quran pun ada didedahkan mereka sebagai kaum yang dilaknat, jadi tak patut perkara itu berlaku.

"Tidak perlulah melibatkan orang luar untuk campur aduk dengan kerajaan Malaysia terutama dalam soal keselamatan negara kerana ia berbahaya, bahkan ia mungkin menyebabkan kita akan dijajah semula.

"Harapan saya, pihak kerajaan serta merta hentikan terlibat dengan pihak luar terutama Israel," tegas Khairul.

Sebelum ini Anwar mendedahkan peranan Apco Worldwide yang didalangi pempimin yahudi zionis dengan kerajaan Malaysia bagi membantu kominkasi strategik, dengan membawa dokumen termasuk salinan surat perjanjian.

Anwar Ibrahim kemudian mendedahkan penglibatan syarikat Israel dalam pengendalian projek berkaitan keselamatan dan komunikasi serta teknologi maklumat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) .

Beliau mendedahkan dua perisik zionis menyusup dalam sistem pertahanan negara melalui syarikat yang diberi kontrak hampir RM1 bilion itu, iaitu siasoft Ptd Ltd yang didaftarkan di Singapura dan berpangkalan di Tel Aviv, Israel.





Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger