ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini hari memerintahkan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Tan Sri Dr Nordin Kardi membayar denda RM5,000 kerana kesalahan menghina mahkamah dalam tempoh dua minggu atau menjalani hukuman penjara sebulan.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zamani Abdul Rahim mengeluarkan perintah itu selepas menolak rayuannya bagi penangguhan pelaksanaan hukuman denda itu sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.
Pada 3 Februari lepas, Dr Nordin didenda RM5,000 atau penjara sebulan kerana gagal melaksanakan perintah injunksi yang dibuat Mahkamah Tinggi di sini yang menghalang universiti itu menganjurkan program pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA).
Dr Nordin, yang tidak hadir di mahkamah hari ini dan UUM diwakili peguam K.Valen.
Perintah injunksi itu diperoleh sebuah syarikat penganjur program MBA dengan UUM, KIC Management pada 8 Julai tahun lepas.
Peguam C.V. Krishnadevan yang mewakili KIC Management berkata UUM gagal mematuhi perintah injunksi itu, menyebabkan pihak syarikat memfailkan waran komital pada Oktober tahun lepas.
Pengarah Urusan KIC Management Azahar Abdul Rahman berkata syarikat memohon injunksi itu selepas UUM, melalui surat bertarikh 18 Mei 2009, membatalkan perjanjian usahasama dengan pihanya bagi mengendalikan program tersebut mulai 1 Jun tahun lepas.
Mengikut perjanjian itu yang ditandatangani pada 1 Sept 2008, pihak yang mahu menamatkan kontrak mesti memberikan notis bertulis enam bulan lebih awal dan selepas pelajar sesi terakhir menamatkan pengajian mereka,
Home »
» Rayuan Ditolak, Naib Canselor UUM Didenda RM5,000
Rayuan Ditolak, Naib Canselor UUM Didenda RM5,000
Written By canang on Isnin, 26 April 2010 | 4/26/2010 06:34:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan