Home » » Ronaldo, Messi berentap siapa terbaik

Ronaldo, Messi berentap siapa terbaik

Written By canang on Sabtu, 10 April 2010 | 4/10/2010 07:00:00 PTG

MADRID: Pemain sayap Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo dianggap setanding pemain Barcelona, Lionel Messi dan dia berharap dapat membuktikannya apabila kedua-dua pasukan bertembung pada perlawanan hujung minggu ini, tegas rakan sepasukannya semalam.
“Mereka adalah dua pemain terbaik dunia dan perlawanan itu pasti menarik. Messi sememangnya pemain bagus, tapi kami mempunyai Ronaldo yang juga sebaik dia,” kata pemain pertahanan Brazil, Marcelo kepada akhbar harian tempatan Marca.

Konfrontasi membabitkan kedua-dua pemain yang amat dinanti-nantikan selepas Messi menjaringkan empat gol ketika Barcelona menang ke atas Arsenal 4-1 kelmarin, membolehkan kelab Catalan itu mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara.


Pemain berusia 22 tahun itu, pertama kali menjadi penjaring tunggal dalam satu perlawanan menjaringkan empat gol, sehingga pengurus Arsenal, Arsene Wenger menggelarnya “pemain terbaik dunia dan berada dalam kelas tersendiri’.



“Kedua-dua pemain adalah penentu dan kami jangka Cristiano mempunyai kelebihan untuk melaksanakannya,” kata penyerang Argentina, Gonzalo Higuain yang juga penjaring terbanyak Real Madrid dalam La Liga dengan 24 gol.


Dua pemain yang pernah memenangi anugerah berprestij Ballon D’Or - Messi pada 2009 dan Ronaldo 2008 adalah kunci utama dalam setiap kemenangan pasukan masing-masing kebelakangan ini kerana mereka juga sedang berlumba merebut anugerah Pemain Terbaik Eropah sekali lagi tahun ini.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger