Home » » Satu Lawan Satu Pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu

Satu Lawan Satu Pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu

Written By canang on Sabtu, 10 April 2010 | 4/10/2010 07:56:00 PTG

SHAH ALAM 10 APR: Pakatan Rakyat akan memastikan tiada pertembungan sesama parti pembangkang dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu yang bakal menyusul.

Demikian kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution yang yakin kemenangan lebih mudah dicapai jika berlaku pertembungan satu lawan satu.

Bercakap kepada TV Selangor, Ahli Parlimen Machang itu berkata, sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pengumuman, Pakatan Rakyat akan mengadakan perbincangan dengan parti gabungan.

“Kerana kawasan itu ditandingi oleh DAP dan Keadilan, jadi saya percaya kali ini pertembungan akan jadi satu lawan satu,” katanya.

Parlimen P212 Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).

Pada pilihan raya sebelum ini, kerusi berkenaan ditandingi oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala Barisan Nasional diwakili parti komponennya, SUPP.

Mendiang Robert Lau Hoi Chew menang dengan majority 3,235 undi, menewaskan calon DAP, Wong Ho Leng dan calon PKR, Lim Chin Chuang.

Saifuddin bagaimanapun menegaskan PKR dan parti gabungan pada masa ini menumpu sepenuh perhatian terhadap pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

“Pilihanraya di Sibu belum dibawa perbincangan di peringkat parti mahupun Pakatan Rakyat. Barangkali tumpuan kini kepada Hulu Selangor.

"Dan, SPR hanya bermesyuarat hujung minggu depan. Jadi, biasanya selepas SPR buat pengumuman, barulah Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat di peringkat majlis presiden,” katanya lagi.






Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger