Home » » Speaker Parlimen ambil alih tugas Presiden Poland

Speaker Parlimen ambil alih tugas Presiden Poland

Written By canang on Ahad, 11 April 2010 | 4/11/2010 08:13:00 PG

WARSAW: Speaker dewan rendah Parlimen atau Sejm Poland, Bronislaw Komorowski akan mengambil alih tugas jawatan presiden dengan kematian Presiden Lech Kaczynski dalam nahas pesawat di Russia semalam.

“Bronislaw Komorowski, ketua Sejm kini dalam perjalanan ke Warsaw dari bandar utara Gdansk untuk mengambil alih tugas,” pejabatnya mengumumkan semalam.
Kaczynski, isterinya dan beberapa pegawai kanan Poland maut apabila pesawat dinaiki mereka terhempas ketika mendarat di bandar barat Russia, Smolensk pagi semalam.
Mereka dalam perjalanan untuk menghadiri majlis peringatan ulang tahun ke-70 kematian 22,000 pegawai Poland yang menjadi mangsa pembunuhan polis rahsia Soviet ketika perang dunia kedua.

Komorowski, 57, adalah calon rasmi parti liberal Civic Platform (PO) bagi pilihan raya presiden yang dijadualkan musim luruh ini.

Kerajaan Poland mengadakan mesyuarat tergempar di Warsaw, kata jurucakap kerajaan Pawel Gras.

Perdana Menteri, Donald Tusk dan menteri lain sedang dalam perjalanan ke ibu negara Poland itu.
Gras berkata pilihan raya presiden akan disegerakan berikutan kematian Kaczynski yang berusia 60 tahun dan menjadi presiden sejak 2005.

“Di bawah perlembagaan, kita perlu mengadakan pemilihan presiden lebih awal,” kata Gras.

“Buat masa sekarang sebagai Speaker dewan rendah parlimen, Komorowski secara automatik adalah pemangku presiden.”

Masih belum jelas jumlah kematian dalam nahas pesawat itu. Kementerian Kecemasan Russia berkata 96 terkorban, manakala Kementerian luar Poland pula berkata 89 orang berada dalam senarai penumpang tetapi seorang daripada mereka gagal menaiki pesawat. – AP




Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger