SHAH ALAM: Bekas pembantu politik Teoh Beng Hock berada dalam keadaan sedar semasa beliau jatuh dan telah cuba menahan dirinya daripada jatuh dari tempat tinggi, kata pakar forensik British Profesor Dr Peter Vanezis semasa memberi keterangan pada inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh di sini hari ini.
Dr Vanezis, yang dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)berkata beliau tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Teoh telah dicekik sebelum kematiannya.
Pada 17 Julai tahun lepas, Teoh ditemui mati di koridor di tingkat lima Plaza Masalam di sini selepas disoal siasat oleh SPRM Selangor yang pejabat suruhanjaya itu terletak di bangunan yang sama, berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan negeri.
Dr Vanezis dan pakar patalogi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor, telah menjalankan bedah siasat kedua ke atas mayat Teoh yang digali semula dari kubur pada November tahun lepas.
"Saya tidak berada dalam kedudukan untuk mengkategorikan sama ada atau tidak si mati telah ditolak keluar dari tingkap secara fizikal semasa beliau berada dalam keadaan sedar," kata Dr Vanezis yang memberikan keterangan buat pertama kali pada inkues itu.
Beliau memberitahu inkues itu bahawa kaki Teoh mencecah lantai terlebih dahulu berdasarkan corak keretakan pada pelvis, paha dan betis.
Kecederaan pada betis menunjukkan Teoh telah cuba menahan diri daripada jatuh, kata Dr Vanezis.
Pakar patalogi British itu yang turut serta dalam penyiasatan punca kematian Puteri Diana, berkata beliau mendapati tiada tanda-tanda kekejangan pada badan Teoh.
"Tidak terdapat tanda-tanda kekejangan dilihat pada badannya. Bagaimanapun adalah mungkin seseorang itu mengalami kekejangan tanpa kesan bengkak ditemui, ia bergantung kepada cara dan paksaan yang digunakan dalam keadaan seumpama itu," katanya.
Berdasarkan pemeriksaannya, Dr Vanezis berkata tiada bukti menunjukkan bahawa leher Teoh telah dicekik.
Kesan bengkak pada bahagian leher merupakan sebahagian daripada kecederaan menyeluruh akibat jatuh itu, katanya.
Inkues itu dikendalikan Koroner Azmil Muntapha Abas.
Home »
» Teoh Dalam Keadaan Sedar Semasa Jatuh, Tidak Dicekik - Pakar Forensik British
Teoh Dalam Keadaan Sedar Semasa Jatuh, Tidak Dicekik - Pakar Forensik British
Written By canang on Isnin, 26 April 2010 | 4/26/2010 08:29:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan