Home » » Tian Chua Serah Notis Bawa Usul Tamatkan Perkhidmatan Apco Worldwide

Tian Chua Serah Notis Bawa Usul Tamatkan Perkhidmatan Apco Worldwide

Written By canang on Isnin, 5 April 2010 | 4/05/2010 07:16:00 PTG

KUALA LUMPUR 5 APR:Ahli Parlimen Batu, Tian Chua hari ini menyerahkan notis kepada Speaker Dewan Rakyat bagi membawa usul untuk mendesak kerajaan Persekutuan pimpinan Umno Barisan
Nasional supaya menamatkan perkhidmatan Apco Worldwide.

Notis itu berbunyi:

"Saya mohon mencadangkan bahawa parlimen Malaysia mendesak kerajaan segerakan membatal perjanjian Apco Worldwide Sdn Bhd dan menghentikan kerjasama sama sekali kerana ia mengancam keselamatan dan mencabuli kedaulatan negara.

"Penglibatan Apco secara tidak langsung dalam pentadbiran negara Malaysia ataupun penasihat kepada perdana menteri akan menggadaikan maruah kepada Zionis."

Dalam pada itu, Malaysiakini melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pula menyerahkan notis untuk merujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.


Ketua Pembangkang itu sebelum ini dipanggil untuk memberi penjelasan ke Dewan Rakyat berhubung kenyataannya di dalam dewan yang mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.

Mengikut Nazri, BN akan mengemukakan usul itu pada 22 April, hari terakhir bagi sidang pertama, penggal ketiga bagi sesi parlimen ke-12.

Anwar berhadapan dengan tindakan dikenakan amaran ataupun penggantungan daripada menghadiri sidang dewan, bergantung kepada keputusan jawatankuasa itu.


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger