Home » » Ugutan Ke atas Dr Peter Vanezis, Polis Harus Siasat Emel

Ugutan Ke atas Dr Peter Vanezis, Polis Harus Siasat Emel

Written By canang on Selasa, 27 April 2010 | 4/27/2010 04:51:00 PTG

SHAH ALAM 27 APR: Peguam yang mewakili keluarga mendiang Teoh Beng Hock, Gobind Singh Doe mendesak polis menjalankan siasatan terhadap emel berbaur ugutan yang diterima pakar forensik british, Professor Dr Peter Vanezis.

Beliau berkata bukan sahaja Dr Vanezis bahkan, pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand yang mewakili keluarga Beng Hock turut menerima ugutan sedemikian sehingga beliau enggan datang ke Malaysia untuk memberi keterangan.

Vanezis menerima ugutan itu selepas memberikan keterangan untuk kali pertama dalam Inkues Menyiasat Punca Kematian Beng Hock.

Vanezis kemudian membuat laporan di balai polis Seksyen 11, Shah Mlam malam tadi kerana bimbang akan keselamatannya.

Ketua Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa memaklumkan ugutan itu kepada inkues yang disambung hari ini.


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger