Home » » Umno Mengaku Sokong Palestin, Berpakat Dengan Zionis-Israel

Umno Mengaku Sokong Palestin, Berpakat Dengan Zionis-Israel

Written By canang on Khamis, 22 April 2010 | 4/22/2010 01:00:00 PTG

HULU SELANGOR : Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayub tigak teragak-agak melabel Umno sebagai parti yang tiada pendirian tetap dalam soal berkaitan agama.

Naib Presiden PKR itu berkata, pegangan umno dalam sesuatu isu sentiasa berubah-rubah mengikut kepentingan parti pemerintah berkenaan tapi bijak menyorokkan watak sebenar mereka.

Bercakap pada satu sidang media, Mustafa Kamil berkata, pengundi Melayu Islam harus peka dan sensitif dengan dolak dalik pimpinan Umno yang sebelah tangan menjulang kesucian agama, sedangkan sebelah tangan lagi, membenam Islam.

Namun, helah mereka tidak berpanjangan apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, membongkar wajah sebenar pimpinan Umno, malah turut mengemukakan pelbagai dokumen sebagai bukti.

"Orang Melayu kena sensitif dengan talam dua muka yang ditunjukkan kepimpinan Umno. Sementara rejim Umno mengatakan mereka menyokong perjuangan Palestin tapi dalam masa yang sama mereka berpakat dengan APCO Worldwide yang berkait rapat dengan Zionis-Israel," katanya.



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger