Home » » Wanita pertama dilarang masuk pub England

Wanita pertama dilarang masuk pub England

Written By canang on Sabtu, 17 April 2010 | 4/17/2010 01:00:00 PTG


WORCESTER, England - Seorang wanita Britain, Laura Hall, 20, menjadi pesalah wanita pertama yang dilarang oleh sebuah mahkamah daripada memasuki premis jualan minuman keras di England dan Wales, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia juga menjadi orang yang pertama didakwa di bawah Perintah Larangan Minuman Keras yang menghalang pesalah membuat pembelian dari premis berlesen, membawanya secara terbuka atau meminumnya di tempat awam selama dua tahun.

Gadis itu dikenakan larangan berkenaan selepas Mahkamah Majistret Kidderminster kelmarin mendapati Hall sering melakukan gangguan ketenteraman awam di beberapa buah pub di sekitar bandar Bromsgrove.

Jika dia ingkar dengan perintah itu, denda sebanyak £2,500 (RM12,328) akan dikenakan.

Seorang pegawai polis, Sarjan David Roberts dari Balai Polis West Mercia berkata, Hall menjadi pesalah pertama yang menjalani hukuman itu melibatkan larangan memasuki pub di England dan Wales.

"Kami mahu memulihkan Hall berbanding memasukkan dia ke dalam penjara dengan harapan, perintah tersebut membantu wanita itu kembali pulih daripada penyalahgunaan alkohol," kata Roberts. - Agensi



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger