Home » » Yaakob Percaya Ada Usaha Putar Belit Isu Pokok YBK

Yaakob Percaya Ada Usaha Putar Belit Isu Pokok YBK

Written By canang on Ahad, 25 April 2010 | 4/25/2010 09:00:00 PG

Tindakan Yayasan Basmi Kemiskinan dan Permodalan YBK Sdn Bhd memfailkan saman terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan exco Selangor, Yaakob Sapari adalah untuk mengelak dari kepincangan yang didedahkan kerajaan negeri.

Mengulas tindak-tanduk YBK yang dilihat tidak senang duduk dengan pendedahan yang dibuat oleh kerajaan negeri, yayasan itu nampaknya cuba mengalih perhatian umum dengan memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Besar dan exconya.

“ Itu maknanya dia hendak lari daripada apa yang kita minta. Jangan nak pusing-pusinglah. YBK jangan hendak pusing-pusing. Kalau hendak telus masukkan exco dalam lembaga. Kenapa itu enggan? soal yaakob.

Yaakob Sapari ketika dihubungi Tv Selangor berkata, tindakan YBK membawa isu ini ke mahkamah hakikatnya akan membongkar lebih banyak kepincangan yang dilakukan yayasan itu.

“ Isu YBK itu ia tidak perlu melalui mahkamah. Isu YBK ialah YBK perlu berterus terang dengan kerajaan negeri. Kalau dia pergi mahkamah ia akan mengeruhkan lagu suasana. Dan kita tidak takut untuk berhadapan dengan mahkamah. Tetapi kalau YBK benar-benar mahu selesai masalah orang miskin, mari (serahkan) kepada kerajaan negeri. Yang kita minta bukan susah sangat, masukkan exco ke dalam lembaga pegang amanah” tambah beliau lagi.

YBK yang bertindak sebagai plaintif pertama, manakala Permodalan YBK Sdn. Bhd. dan pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Sakom sebagai plaintif kedua dan ketiga memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam kira-kira jam 10 pagi semalam.

Khalid pada Sidang Dewan Negeri ke 12 pada 13 April lalu telah membentangkan kertas putih berhubung skandal YBK yang mengandungi penggadaian 16 lot tanah bernilai lebih RM 100 juta kepada beberapa pihak.

Yaakob berkata keengganan YBK semakin membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

“ Itu yang saya nampak, macam ada benda yang disembunyikan. Kenapa dia tidak berani letakkan exco YB Rodziah dan YB Dr Hassan Ali dalam lembaga dia? Kalau hendak tulis masukkan lembaga kita dalam tu (YBK)” , tambah Yaakob.



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger