HULU SELANGOR: Kerajaan Selangor melantik calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim mengetuai Badan Bertindak Khas Membela Masalah Peneroka Felda berikutan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) mengabaikan mereka selama ini.
Pelantikan itu diumum Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang media selepas majlis penutupan Konvensyen Felda Sungai Tengi di sini, petang semalam.
"Pelantikan Zaid bertujuan menyelesaikan masalah isu tanah yang membelenggu masyarakat felda di Selangor. Sebagai bekas peguam yang firmanya terbesar di Malaysia, Zaid adalah orang yang sesuai sekali," katanya.
Zaid, antara lain diberi tanggungjawab menyemak semula semua perjanjian yang dibuat antara peneroka dengan Felda dan kerajaan Persekutuan.
Khalid juga menolak tanggapan sesetengah pihak kononnya pelantikan Zaid dibuat berikutan kedudukan sebagai calon Pakatan Rakyat di Parlimen Hulu Selangor, sebaliknya bersandarkan kepakaran beliau dalam aspek perundangan.
Pelantikan Zaid dilihat dianggap tepat dan kena pada masanya berikutan bekas Menteri Undang-Undang itu sendiri adalah anak peneroka.
Mengikut carian wikipedia, bapanya Zaid iaitu Ibrahim Awang bekerja kampung sebelum berhijrah ke Hulu Kelantan untuk meneroka tanah, sekali gus bermakna Zaid memahami penderitaan dan masalah peneroka.
Pada majlis sama, Khalid juga mengumumkan pelantikan ahli lembaga Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Mohamed Azmin Ali untuk menguruskan perumahan generasi kedua yang dirancang sebelum ini.
"Kerajaan Selangor berusaha membuat penempatan untuk generasi kedua Felda. Tugas ini dipertanggungjawabkan kepada Mohamed Azmin Ali," katanya.
Felda di Hulu Selangor berdepan masalah yang berlarutan melibatkan status tanah tanpa penyelesaian jitu sekalipun kerajaan Umno BN secara tiba-tiba hadir menyampaikan wang tunai dan janji penyelesaian.
Dua hari sebelum pembuangan undi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjanjikan 50 ribu sebagai pampasan tanah kepada 363 peneroka Felda Sungai Buaya yang menunggu selama berbelas-belas tahun.
Sungguhpun begitu, kerajaan Umno BN gagal memberi alasan munasabah mengapa penyelesaian ini tidak dibuat lebih awal, sebaliknya hanya muncul menjelang hari pembuangan undi.
Home »
» Zaid Ketuai Badan Bertindak Khas Membela Masalah Peneroka Felda Selangor
Zaid Ketuai Badan Bertindak Khas Membela Masalah Peneroka Felda Selangor
Written By canang on Ahad, 25 April 2010 | 4/25/2010 11:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan