Home » » 15 anggota polis terbabit dadah dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini

15 anggota polis terbabit dadah dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini

Written By canang on Sabtu, 1 Mei 2010 | 5/01/2010 08:32:00 PTG

JOHOR BAHRU - Penyalahgunaan dadah di kalangan anggota polis di negeri ini membimbangkan apabila 15 kes direkodkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding 31 kes sepanjang tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, 15 kes dilapor dan direkodkan dari Januari hingga Mac 2010 membabitkan penyalahgunaan dadah jenis sintetik seperti methamphetamine dan ketamin.

Menurutnya, insiden terbaru membabitkan empat anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya yang positif dadah pada 26 April lalu selepas melalui saringan ujian air kencing.

“Mereka yang didapati positif belum dituduh menyalahgunakan dadah, sebaliknya ditentukan berdasarkan keputusan pihak hospital terlebih dahulu.

“Sekiranya positif, anggota atau pegawai terbabit ditahan untuk menjalankan tugas dan berdepan tindakan mahkamah,” katanya.

Katanya, penyelia berperanan memantau dan memastikan pegawai mahupun anggota seliaan tidak terjebak gejala ini sejajar dengan kehendak di bawah Skim Kawalan Disiplin dan Dadah (SKDD).

Beliau berkata demi­kian selepas Majlis Perhim­punan Bulanan Kontinjen Polis Johor bagi bulan April 2010 dan Upacara Pemakaian Lencana Pang­kat Asisten Superintendan Polis Kontinjen Johor, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Amer Awal dan Ketua Cawangan Khas, Datuk Ramli Hassan.



Share this article :

1 ulasan:

Mr. Definite berkata...

Aduhai... sedihnya mendengar berita macam ni...

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger