Home » » 8 Ibu terkaya didunia

8 Ibu terkaya didunia

Written By canang on Selasa, 11 Mei 2010 | 5/11/2010 08:00:00 PG

DUNIA memiliki 70 ibu berstatus bilionair tapi hanya lapan, termasuk Meg Whitman dan JK Rowling menikmati status itu atas usaha mereka sendiri. Bagaimanapun, tidak satupun daripada lapan individu itu tersenarai dalam kelompok 10 ibu terkaya dunia, golongan balu atau anak hartawan dunia.
Christy Walton
AS$22.5 bilion (RM73.32 bilion)
Amerika Syarikat
Usia: 55 tahun
Status: Balu, anak seorang

CHRISTY tersenarai sebagai bilionair pada 2005 selepas mendiang suaminya, John, anak kedua pengasas rangkaian kedai Wal-Mart, Sam Walton, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan pesawat yang dipandunya. John adalah ahli keluarga Walton terkaya selepas melabur dalam firma tenaga alternatif, First Solar.

Alice Walton
AS$20.6 bilion (RM67.13 bilion)
Amerika Syarikat
Usia: 60 tahun

Status: Janda

WARIS dari Arkansas membiaya AS$100 juta (RM326 juta) untuk pembinaan lapangan terbang di Bentonville pada 1990, membina Muzium Seni Amerika Crystal Bridges. Wal-Mart, rangkaian pusat beli-belah dunia untung besar apabila pelanggan memilih membeli barangan berdiskaun akibat krisis kewangan dunia. Penjualan bagaimanapun dilapor turun 1.6 peratus pada suku pertama tahun ini tapi dalam tempoh 12 bulan lalu, saham keluarga Walton meningkat 7 peratus atau AS$13 bilion (RM42.36 bilion).

Liliane Bettencourt
AS$20 bilion (RM65.17 bilion)
Perancis
Usia: 87 tahun
Status: Balu, seorang anak

LILIANE mewarisi kekaya yang ditinggalkan bapanya, pengasas syarikat kosmetik, L'Oreal. Malangnya ibu terkaya Eropah ini kin berdepan perang dingin dengan anak perempuan tunggalnya, Francoise Bettencourt-Meyer selepas Francoise mendakwa, Francoise-Marie Banier, 61, seorang jurugambar, penulis dan pelukis terkenal mengambil kesempatan terhadap ibunya. Tahun lalu, Francoise meminta mahkamah menyiasat laporan mendakwa ibunya menghadiahkan wang tunai dan barangan bernilai AS$1.4 bilion (RM4.56 bilion) kepada rakannya itu. Meskipun Liliane menafikan dakwaan itu, beliau diarah menjalani ujian psikologi sebelum perbicaraan Julai ini.

Birgit Rausing
AS$13 bilion (RM42.36 bilion)
Sweden
Usia: 86 tahun
Status: Balu, tiga anak

BIRGIT dan anak-anaknya mewarisi syarikat pembungkusan Tetra Laval selepas suaminya, Gad Rausing meninggal dunia pada 2000. Firma itu merubah cara menyimpan cecair seperti jus dan susu dengan menghasilkan bungkusan ringan yang mampu mengekalkan khasiat dan rasa produk. Birgit kini bersara di Switzerland dan menyerahkan pengurusan syarikat kepada tiga anaknya yang menjadi pengarah syarikat.

Savitri Jindal
AS$12.2 bilion (RM39.75 bilion)
India
Usia: 60 tahun
Status: Balu, sembilan anak

SAVITRI kini memegang jawatan Pengerusi Bukan Eksekutif Kumpulan Syarikat OP Jindal, syarikat pengeluar besi dan tenaga diasas mendiang suaminya, Om Prakash Jindal pada 1952. Beliau mengetuai syarikat apabila suami meninggal dunia selepas helikopter dinaikinya terhempas pada 2005. Ketika hidup, Prakash menyerahkan operasi kepada empat anak lelakinya, Prithviraj, Sajjan, Ratan dan Naveen dan hingga kini mereka menguruskannya secara berasingan. Savitri memenangi kerusi Parlimen Haryana.

Abigail Johnson
AS$11.5 bilion (RM37.47 bilion)
Amerika Syarikat
Usia: 48 tahun
Status: Berkahwin, dua anak

ABIGAIL menguasai saham syarikat pelaburan terbesar Amerika Syarikat, Fidelity Investments dengan bapanya. Syarikat itu diasas oleh datuknya dan selepas memperoleh MBA di Harvard, Abigail menyertai perniagaan keluarganya itu pada 1988. Beliau menguruskan pelaburan pelbagai pertamanya pada usia 28 tahun dan kini beliau menguruskan divisyen pelaburan peribadi dan syarikat dan dilihat bakal menggantikan bapanya.

Susanne Klatten
AS$11.1 bilion (RM36.17 bilion)
BMW, Jerman
Usia: 48 tahun
Status: Berkahwin

SUSANNE mewarisi saham pengeluar kereta BMW daripada bapanya, Herbert Quandt yang menyelamatkan syarikat itu daripada diisytihar muflis berdekad yang lalu. Susanne yang memiliki ijazah sarjana ekonomi turut mewarisi 50 peratus saham syarikat pengeluar bahan kimia, Altana. Sejak Februari beliau menguasai 95% saham Altana dan merancang untuk membeli baku saham dan tidak lagi menyenaraikan syarikat daripada bursa saham. Susanne turut memiliki 22 peratus saham syarikat pengeluar tenaga menggunakan angin, Nordex AG, 22 peratus saham pengeluar grafit karbon, SGL, dan 29 peratus saham Geohumus, syarikat yang membangunkan proses penyimpanan granula air untuk digunakan di bidang pertanian. Beliau turut menang kes sivil ke atas bekas kekasihnya, Helg Sgarbi tahun lalu yang didakwa cuba memeras ugutnya tahun lalu. Sgarbi kini menjalani hukuman penjara.

Iris Fontbona & keluarga
AS$11 bilion (RM35.84 bilion)
Tembaga, Chile
Status: Balu

Isteri kedua dan kini balu kepada bilionair Andronico Luksic yang meninggal dunia akibat barah pada 2005. Keluarganya menguasai Antofagasta, satu daripada lombong tembaga terbesar dunia. Sahamnya di syarikat itu melonjak 80 peratus dalam tempoh setahun. Beliau turut memiliki saham Quinenco, syarikat pengeluar minuman dan Plava Laguna, rangkaian pusat percutian tepi pantai di Croatia. Anak lelakinya, Jean Paul dilantik sebagai Pengerusi Antofagasta.

Jacqueline Mars
AS$11 bilion (RM35.84 bilion)
Candy, Amerika Syarikat

JACQUELINE mewarisi syarikat pengeluar coklat yang kekal menjadi kesukaan ramai meskipun krisis kewangan melanda dunia. Keluarga Mars terbabit dalam bidang pengeluaran coklat, Snickers, M&Ms dan juga makanan binatang, Pedigree. Tahun lalu, Mars membeli pengeluar gula-gula getah, Wrigley dengan harga AS$23 bilion (RM74.95 bilion). Nilai jualan kini melebihi AS$30 bilion (RM97.76 bilion). Datuk Jacqueline, Frank Mars mula membuat coklat di dapur kediamannya di Tacoma, Washington pada 1911. Bapa Jacqueline, Forrest Sr mengasaskan M&Ms dan kemudian memperkenal bar coklat terkenal seperti Milky Way, Snickers, 3 Musketeers. Generasi ketiga mewarisi syarikat selepas bapanya meninggal dunia pada 1999.

Anne Cox Chambers
AS$10 bilion (RM32.59 bilion)
Syarikat kabel dan media, Amerika Syarikat

ANNE mewarisi kekayaan ayahnya, pengasas Cox Enterprises, James M Cox yang meninggal dunia pada 1957. Cox hanya bersekolah hingga usia 17 tahun dan bekerja sebagai guru dan wartawan sebelum membayar AS$26,000 (RM84,721) untuk memiliki akhbar Dayton Evening News pada 1898. James kemudian beralih ke bidang politik. Kini, Cox Enterprises memiliki syarikat kabel, Cox Communications, 17 akhbar harian, 15 stesen televisyen, 86 stesen radio, pelelong kereta, Manheim, AutoTrader.com. Keuntungan dilapor bernilai AS$15 bilion (RM48.88 bilion) tapi iklan medianya dilapor merosot. Tahun lalu, keuntungan meningkat AS$1 bilion (RM3.26 bilion).
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger