Home » » Aktres India, Freida Pinto rakam aksi seks pertama menerusi filem Immortals

Aktres India, Freida Pinto rakam aksi seks pertama menerusi filem Immortals

Written By canang on Isnin, 24 Mei 2010 | 5/24/2010 12:00:00 PTG

MUMBAI: Aktres India, Freida Pinto yang tiada langsung melakukan adegan yang memerlukannya menanggalkan pakaian dalam filem ‘box office’, Slumdog Millionaire, sudah melakukan aksi seksi pertamanya iaitu menerusi filem Immortals arahan Tarsem Singh.

Oleh kerana Freida kelihatan agak gementar melakonkan adegan intim itu, lampu di set dipadamkan dan hanya anggota krew penting dibenarkan masuk.
Bercakap mengenai adegan itu, Tarsem berkata: “Mungkin keadaan itu memberi kesukaran kepadanya. Ini adalah kali pertama kami mengambil Freida Pinto dan anda pun boleh teka keadaan beliau mungkin kerana ia adalah adegan seks. Jadi, beliau dalam keadaan gementar.
“Kami mematikan semua lampu, justeru kami dapat mencipta suasana intim. Hanya 80 orang memerhatikan lakonan itu dan 20 daripadanya ada kamera video.”

Filem Immortals adalah kisah purba Greece mengenai seorang wira muda mencetuskan pertempuran ke atas dewa gagah perkasa untuk menyelamatkan manusia.

Freida memegang watak seorang puteri dikenali Phaedra. Filem itu dibintangi Henry Cavill sebagai Theseus, wira muda Greek. Stephen Dorff pula memegang watak ketua pencuri.

Pelakon lain termasuk Mickey Rourke sebagai Raja Hyperion, Kellan Lutz sebagai dewa Poseidon dan John Hurt sebagai Zeus.
Freida menjadi terkenal selepas berlakon dengan cemerlang dalam filem pertamanya, Slumdog Millionaire sebagai Latika.

Pinto memenangi anugerah Screen Actors Guild dalam kategori Persembahan Cemerlang dan dicalonkan untuk Aktres Terbaik Anugerah BAFTA sebagai pelakon pembantu terbaik.

Freida menjadi wajah antarabangsa dan menandatangani banyak projek luar negara selain bergambar untuk majalah terkenal.

Beliau kini berkasih dengan pelakon gandingannya dalam Slumdog Millionaire, Dev Patel dan akan berkahwin tidak lama lagi.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger