JAKARTA: Sejak kebelakangan ini penyanyi dan pelakon Indonesia, Mulan Jameela tidak putus-putus menerima tawaran berlakon drama bersiri yang memerlukannya menayangkan tubuh, namun wanita kelahiran Garut, Jawa Barat itu lebih banyak menolak.
Dikatakan faktor beliau menolak tawaran itu disebabkan Ahmad Dhani, pemilik syarikat naungannya Republik Cinta Management (RCM) melarangnya berbuat demikian.
Bagaimanapun, Mulan, 31, tidak bersetuju dengan khabar angin itu selain menekankan beliau bertanggungjawab atas semua keputusan kerjayanya.
Malah, Ahmad Dhani memberinya kebebasan mengembangkan kerjayanya dalam dunia hiburan selagi dapat membahagikan masa dengan bidang nyanyian termasuk berlakon, katanya.
“Beliau (Dhani) tidak pernah memberi apa-apa syarat. Sebagai contoh jika saya mendapat tawaran untuk berbogel, terpulang kepada saya untuk menerimanya dan beliau menyokong.
“Namun, beliau juga tidak kedekut memberi pendapat dan mengizinkan saya membuat pertimbangan sendiri.
“Asalkan saya boleh membahagikan masa dengan adil, beliau tidak mempunyai masalah,” katanya di Graha Iskandarsyah, Jakarta Selatan.
Penyanyi lagu Mahkluk Tuhan Paling Seksi itu mengaku menolak muncul dalam drama bersiri yang memerlukannya menayangkan tubuh kerana tidak mahu masanya yang suntuk dengan buah hati, hilang begitu saja.
“Sering memenuhi undangan nyanyian sehinggakan waktu berjumpa anak hanya beberapa jam,” katanya.
Apatah lagi jika berlakon. Saya tidak mahu kehilangan masa berharga bersama anak,” katanya. – Agensi
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!
Home »
» Aktres ditawar aksi seksi:Mulan tolak dedah tubuh
Aktres ditawar aksi seksi:Mulan tolak dedah tubuh
Written By canang on Ahad, 9 Mei 2010 | 5/09/2010 08:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan