SHAH ALAM – Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam berkata, beliau sudah bersedia memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di London untuk membantu siasatan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Sebelum ini beliau menolak cadangan SPRM supaya beri keterangan di Bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.
Bagaimanapun, Bala mahukan keterangan itu nanti diadakan mengikut terma yang dipersetujuinya termasuk mengadakan rakaman audio-visual serta diberikan salinan semua dokumen yang akan ditandatanganinya.
Dalam kenyataan media yang diserahkan peguamnya, Americk Sidhu, SPRM dikatakan belum memberi maklum balas walaupun sebulan berlalu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz membuat kenyataan berhubung kesediaan Bala.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.